Analisis Teknikal AUD/USD – Timeframe H1 – 24/9/2018

212

Pada dagangan Jumaat lalu, pasangan matawang AUD/USD telah membuat Higher High yang baru setelah harga menyentuh paras resistance MagicR1 pada indicator Moshed Magic Line pada paras sekitar 1.73000. Kemudian harga telah membuat penurunan ke paras lebih rendah dari paras Magic Pivot sebelum harga ditutup sekitar paras 0.72850. Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga dibuka lebih rendah iaitu sekitar 0.72600 dan membuat sedikit kenaikan pada mulanya hampir menyentuh paras Magic Pivot 0.7284 sebelum harga kembali membuat penurunan ekoran laporan bahawa China membatalkan rundingan yang bakal diadakan bersama Amerika Syarikat berkenaan isu tarif AS-China sekaligus bakal memberi tekanan terhadap matawang AUD.

Harga dilihat telah membuat penurunan sehingga ke paras support 0.7264 (MagicS1) di mana harga semasa didagangkan pada 0.72700 setakat jam 3.15 petang. Penurunan harga yang dibuat bakal diteruskan ke paras lebih rendah iaitu pada support 0.7243 (MagicS2) dan jika harga masih mengalami kejatuhan, paras seterusnya yang dilihat akan dituju harga adalah pada support 0.7223 (MagicS3). Kedua-dua paras support ini dilihat berada pada zon tumpuan harga pada dagangan sebelum ini.

Sebaliknya, jika harga kembali menyambung kenaikan yang dibuat sepanjang minggu lalu, harga dilihat akan menuju ke paras resistance 0.7306 (MagicR1) untuk menguji paras tersebut terlebih dahulu. Dan jika harga menembusi (breakout) paras tersebut, harga bakal membuat Higher High yang baru berkemungkinan di paras resistance 0.7325 (MagicR2) atau lebih tinggi lagi iaitu pada paras resistance 0.7347 (MagicR3).

Pantau sentimen pasaran semasa dan juga perkembangan isu perang dagang antara AS-China yang mempengaruhi pergerakan harga bagi pasangan matawang AUD/USD ini. Perhatikan paras-paras tumpuan harga seperti yang disediakan pada indicator Moshed Magic Line bagi membantu anda menentukan posisi terbaik dalam trading harian anda.

 

Paras support: 0.7264, 0.7243, 0.7223.

Paras resistance: 0.7306, 0.7325, 0.7347.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat