Analisis Teknikal AUD/USD – Timeframe H1 – 26/11/2018

188

Matawang dollar AUD berkemungkinan akan didagangkan lebih berhati-hati ekoran ketegangan perangan dagang AS-China kembali hangat melanda pasaran. Presiden Donald Trump dilaporkan telah mengancam akan mengenakan tarif tambahan kepada kesemua barangan import China yang dianggarkan bernilai $267 billion sekiranya Beijing gagal memenuhi tuntutan Amerika Syarikat. Pelabur yang melihat keadaan pasaran kembali berisiko ini akan memberi kesan buruk kepada matawang Aussie sebaliknya faktor ini akan terus mengukuhkan nilai matawang dollar USD berikutan permintaan terhadap matawang safe-haven terus meningkat. Diteliti dagangan Jumaat lalu pada chart pasangan matawang AUD/USD, harga membuat penurunan dari paras Magic Pivot sehingga melepasi paras support MagicS1 pada indicator Moshed Magic Line dan turun mencatatkan paras terendah harian hampir menyentuh paras support MagicS2 sebelum menutup dagangan sesi New York sekitar paras support MagicS1 semula.

Pada sesi pasaran Asia untuk dagangan permulaan minggu ini, harga dilihat bergerak membuat kenaikan dan telah melepasi paras Magic Pivot 0.7235 hari ini. Kenaikan tersebut dilihat telah menyentuh paras resistance pada 0.7251 (MagicR1) pada penghujung dagangan sesi Asia hari ini. Jika harga berjaya meneruskan kenaikan lebih tinggi, harga dilihat akan menguji ketinggian pada lonjakan harga dagangan Rabu pada minggu lalu sekitar resistance 0.7272 (MagicR2). Dan sekiranya harga berjaya mengekalkan pendakian yang dilakukan, harga berpotensi mencapai paras ketinggian pada 0.7288 (MagicR3).

Namun, jika isu perang dagang AS-China dilihat semakin parah, nilai matawang Aussie akan terus merosot dan harga dijangka akan kembali membuat penurunan lebih rendah dari paras Magic Pivot hari ini dan menuju ke paras support 0.7214 (MagicS1) untuk menguji zon tumpuan harga pada chart AUD/USD. Kemudiannya, harga yang terus mengalami kejatuhan dijangka akan menyambung penurunan menuju ke paras support 0.7198 (MagicS2) sebelum penurunan seterusnya boleh mencecah sehingga paras serendah 0.7177 (MagicS3).

Terus ikuti perkembangan perang dagang yang masih berlarutan dan memberi kesan kepada pergerakan harga pada chart AUD/USD. Gunakan indicator Moshed Magic Line bagi membantu anda mencari paras terbaik untuk posisi dagangan anda pada chart AUD/USD.

 

Paras support: 0.7214, 0.7198, 0.7177.

Paras resistance: 0.7251, 0.7272, 0.7288.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat