Analisis Teknikal AUD/USD – Timeframe H1 – 27/11/2018

175

Isu perang dagang antara Amerika Syarikat dan China kembali menjadi tumpuan dalam pasaran semasa. Australia yang merupakan rakan dagang terbesar China bakal terkesan daripada faktor global ini. Pergerakan harga chart pasangan matawang AUD/USD pada dagangan semalam menunjukkan harga pada mulanya membuat kenaikan pada sesi pasaran Asia sebelum pengukuhan USD kemudiannya kembali menekan harga ke paras rendah semula sehingga dagangan pasaran New York menutup tirainya. Kenaikan harga dari paras Magic Pivot semalam dilihat melepasi paras resistance MagicR1 dan kemudiannya menguji paras resistance MagicR2 pada indicator Moshed Magic Line sebelum penurunan harga yang berlaku telah turun lebih rendah semula dari paras Magic Pivot dan menutup dagangan sekitar paras support MagicS1. Sentimen pasaran yang berisiko bakal melemahkan nilai matawang komoditi Aussie sebaliknya menyokong kepada pengukuhan matawang dollar USD berikutan peningkatan terhadap matawang safe-haven.

Pada sesi pasaran Asia pagi ini, harga bergerak perlahan pada permulaan sesi dan kemudiannya membuat kenaikan menuju ke paras Magic Pivot 0.7236. Jika pergerakan harga kembali menunjukkan penurunan, harga dijangka akan turun menuju ke paras support 0.7196 (MagicS1) untuk mengatasi paras terendah harga pada dagangan minggu lalu. Penurunan seterusnya dilihat akan menguji pula paras support semasa pada chart AUD/USD sebelum ini sekitar 0.7172 (MagicS2). Sekiranya momentum penurunan harga masih dikekalkan, penurunan harga boleh mencecah sehingga ke paras sekitar 0.7132 (MagicS3).

Namun, jika harga berjaya bergerak lebih tinggi dari paras Magic Pivot hari ini, harga dijangka akan menuju ke paras resistance 0.7260 (MagicR1). Harga yang mampu membuat lonjakan ke paras lebih tinggi berkemungkinan akan mencapai paras ketinggian harga di paras 0.7300 (MagicR2) mengatasi paras ketinggian harga semalam. Kenaikan harga yang diteruskan akan menyaksikan harga menguji semula paras ketinggian semasa pada chart AUD/USD yang dicapai pada bulan ini di sekitar paras resistance 0.7324 (MagicR3).

Terus ikuti perkembangan perang dagang AS-China yang kembali hangat dalam pasaran dan berkemungkinan memberi kesan terhadap nilai matawang Aussie. Terus menggunakan indicator Moshed Magic Line untuk anda menguji keberkesanan paras-paras harga yang disediakan dan bandingkan pada paras tumpuan harga pada chart AUD/USD.

 

Paras support: 0.7196, 0.7172, 0.7132.

Paras resistance: 0.7260, 0.7300, 0.7324.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat