Analisis Teknikal AUD/USD – Timeframe H1 – 28/1/2019

143

Matawang dollar AUD didagangkan berisiko sepanjang minggu lalu berikutan terkesan daripada faktor ekonomi di China yang masih berada pada tahap yang membimbangkan. Pada minggu ini, tumpuan pasaran akan terarah pada data indeks harga pengguna di Australia dan jika kadar inflasi menunjukkan penurunan pada angka bacaan, berkemungkinan bank pusat akan mempertimbangkan untuk menurunkan kadar faedah sekaligus memberi tekanan terhadap nilai dagangan Aussie. Turut menjadi tumpuan adalah pada data indeks PMI di China pada Khamis nanti yang akan turut memberi kesan terhadap dagangan Aussie. Jika diperhatikan pada dagangan pada chart pasangan matawang AUD/USD pada minggu lalu, harga telah membuat kenaikan pada dagangan Jumaat setelah menunjukkan pergerakan menurun sepanjang minggu. Kenaikan harga telah mengatasi paras Magic Pivot dan juga resistance MagicR1 pada indicator Moshed Magic Line sebelum mencatatkan paras ketinggian mingguan di sekitar zon SBR (support become resistance) 0.71800.

Pada permulaan dagangan pasaran minggu ini pula, harga kelihatan menunjukkan kenaikan menuju ke paras resistance 0.7218 (MagicR1) sejak awal sesi Asia bermula. Jika harga terus membuat kenaikan melepasi paras resistance tersebut, kenaikan harga seterusnya berkemungkinan akan menuju pula ke paras resistance lebih tinggi iaitu pada 0.7256 (MagicR2) untuk harga mencatatkan paras ketinggian terbaru tahun ini pada dagangan AUD/USD. Dan sekiranya harga masih kekal melonjak tinggi, jangkaan kenaikan boleh mencecah sehingga ke paras sekitar 0.7328 (MagicR3).

Namun, jika Aussie terus didagangkan lemah pada dagangan minggu ini, harga dilihat akan kembali ditekan semula lebih rendah dari paras Magic Pivot 0.7146 hari ini sebelum menuju ke paras support terdekat sekitar 0.7108 (MagicS1). Seterusnya, dengan momentum pergerakan yang agak besar pada dagangan Jumaat berkemungkinan akan melihatkan harga turun lebih rendah sehingga ke paras sekitar 0.7036 (MagicS2) sebelum harga terus mencatatkan paras terendah yang baru mencecah penurunan ke paras support serendah 0.6998 (MagicS3).

Terus pantau perkembangan pada ekonomi Australia dan juga ekonomi China yang memberi kesan secara terus terhadap nilai dagangan Aussie dalam pasaran. Perhatikan paras tumpuan yang digariskan pada indicator Moshed Magic Line untuk rujukan tambahan pada posisi dagangan AUD/USD anda.

 

Paras support: 0.7108, 0.7036, 0.6998.

Paras resistance: 0.7218, 0.7256, 0.7328.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat