Analisis Teknikal AUD/USD – Timeframe H1 – 28/11/2018

230

Pergerakan harga pada chart AUD/USD pada dagangan sesi Eropah semalam menunjukkan corak pergerakan harga yang agak menarik di mana harga membuat lonjakan sehingga 30 pips dari paras Magic Pivot dan kembali turun semula ke paras lonjakan harga bermula dalam masa beberapa minit sahaja. Hal ini adalah disebabkan reaksi pelabur terhadap kenyataan jurucakap Menteri Luar Negara China, Geng Shuang berkenaan isu perang dagangan AS-China. Dalam kenyataannya, Presiden Xi Jinping dan Presiden Donald Trump berhubung menerusi talian dan bertukar pandangan mengenai hala tuju hubungan dagang dua ekonomi besar dunia itu. Kedua-duanya dikatakan bersetuju untuk mewujudkan rancangan dagangan yang memberi manfaat kepada semua pihak. Oleh sebab itu, matawang Aussie menunjukkan pengukuhan namun kenaikan harga hanyalah sementara sahaja setelah pasaran kembali memberi reaksi yang sebaliknya. Ini adalah kerana Geng Shuang kembali menjelaskan bahawa rundingan dalam talian yang dinyatakan itu adalah merujuk pada yang berlaku awal November yang lalu. Dengan itu, dapat dilihat harga telah kembali membuat penurunan hampir menyentuh paras support MagicS1 pada indicator Moshed Magic Line semalam namun harga kembali menunjukkan sedikit kenaikan sehingga lewat sesi dagangan New York.

Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga dilihat bergerak menguji paras Magic Pivot 0.7231 dan cuba membuat kenaikan melepasi paras tersebut. Jika harga berjaya bergerak ke paras lebih tinggi, harga mungkin menguji kembali paras ketinggian ketika harga membuat lonjakan semalam di sekitar paras resistance 0.7263 (MagicR1). Kenaikan harga seterusnya dilihat akan menuju pula ke paras resistance 0.7301 (MagicR2) sebelum harga kembali menguji zon ketinggian semasa pada chart AUD/USD di sekitar paras 0.7333 (MagicR3).

Sebaliknya, jika isu perang dagang terus memberi tekanan kepada Aussie, USD bakal mengambil kesempatan ini untuk terus menekan harga lebih rendah menuju ke paras support 0.7193 (MagicS1) untuk menguji paras terendah semasa. Kemudiannya, penurunan harga yang diteruskan dilihat akan turun menguji pula paras support 0.7161 (MagicS2) yang gagal ditembusi harga ketika diuji pada dagangan pertengahan bulan ini. Dan sekiranya harga terus mengekalkan penurunan mengatasi paras terendah sebelum ini, harga bakal mencari paras terendah yang baru di sekitar support 0.7123 (MagicS3).

Terus ikuti perkembangan perang dagang yang memberi impak besar terhadap pergerakan harga pada chart AUD/USD. Lihat juga data-data ekonomi AS yang turut menjadi faktor penggerak harga dan jadikan indicator Moshed Magic Line sebagai rujukan tambahan dalam analisis teknikal harian anda.

 

Paras support: 0.7193, 0.7161, 0.7123.

Paras resistance: 0.7263, 0.7301, 0.7333.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat