Analisis Teknikal AUD/USD – Timeframe H1 – 3/1/2019

125

Ketegangan perang dagang kembali menjadi tumpuan pasaran setelah laporan berkenaan syarikat Apple Inc yang telah mengurangkan sasaran jualan untuk suku tahun terbaru berikutan penjualan produk iPhone di China mencatatkan angka yang rendah. Hal ini telah memberi tempias terhadap rakan dagang China iaitu Australia di mana matawang dollar AUD terus didagangkan merosot berbanding matawang utama yang lain. Pada sesi dagangan semalam, pergerakan harga pada chart AUD/USD telah didagangkan rendah di bawah paras Magic Pivot semalam sebelum terus membuat penurunan sehingga ke paras support MagicS3 sehingga dagangan sesi New York ditutup.

Bersambung pada sesi pasaran Asia pagi ini pula, harga terus menjunam sehingga 160 pips ke paras lebih rendah sebaik sahaja pasaran dibuka. Penurunan tersebut dilihat telah melepasi ketiga-tiga paras support pada indicator Moshed Magic Line hari ini malah telah turun lebih rendah dari paras support 0.6888 (MagicS3). Namun setelah harga mencecah ke parah terendah sekitar 0.68220, harga kembali pantul semula membuat kenaikan ke paras support 0.6934 (MagicS2). Harga kemudian dilihat bergerak perlahan pada penghujung sesi dagangan Asia menuju ke paras support 0.6958 (MagicS1).

Jika harga berjaya melonjak kembali pada dagangan hari ini melepasi paras Magic Pivot 0.7004 hari ini, jangkaan kenaikan awal harga akan menuju ke paras resistance pada 0.7028 (MagicR1). Seterusnya, harga akan menguji zon resistance pada chart AUD/USD sebelum di sekitar paras 0.7074 (MagicR2) sebelum sedikit lagi kenaikan yang diteruskan harga boleh mencapai paras resistance pada 0.7099 (MagicR3).

Terus ikuti perkembangan pada perang dagang yang kembali menjadi tumpuan pasaran di mana suasana hubungan dagang yang dilihat tegang antara Amerika Syarikat dan China akan terus menjejaskan perkembangan ekonomi global. Lihat paras yang menjadi tumpuan pada chart AUD/USD dan bandingkan dengan paras support dan resistance yang disediakan pada indicator Moshed Magic Line untuk membantu anda mendapatkan hasil analisis yang lebih jelas.

 

Paras support: 0.6958, 0.6934, 0.6888.

Paras resistance: 0.7028, 0.7074, 0.7099.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat