Analisis Teknikal AUD/USD – Timeframe H1 – 30/10/2018

193

Matawang USD yang kembali mengukuh berikutan pasaran semasa yang berisiko memberi tekanan terhadap Aussie. Risiko perang dagang kembali menjadi tumpuan pasaran semasa selepas laporan bahawa AS bersedia mengenakan tarif untuk pusingan seterusnya terhadap China membuatkan matawang Aussie terus melemah. Dilihat pergerakan harga pada chart AUD/USD pada dagangan semalam, harga cuba untuk membuat kenaikan melepasi paras harga 0.71000 namun kembali membuat penurunan ke paras lebih rendah dari Magic Pivot pada indicator Moshed Magic Line semalam.

Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga mula menunjukkan pendakiannya semula dan telah pun berjaya melepasi paras Magic Pivot 0.7072 hari ini. Harga kemudiannya dilihat telah meneruskan kenaikan sehingga ke paras resistance 0.7095 (MagicR1) dan menguji paras tersebut beberapa ketika. Sekiranya harga berjaya meneruskan kenaikan yang dibuat sejak awal sesi Asia pagi td, berkemungkinan harga akan menuju pula ke paras resistance 0.7131 (MagicR2) yang menjadi paras tumpuan harga sebelum ini. Dan kemudiannya, harga dijangka akan menguji paras resistance 0.7154 (MagicR3) iaitu zon paras ketinggian yang belum berjaya ditembusi harga sebelum ini jika harga masih meneruskan kenaikan.

Seperti yang dijelaskan pada analisis semalam, penurunan harga pada chart AUD/USD telah mencapai paras terendah terbaru. Dan dilihat dari harga semasa hari ini, sekiranya Aussie gagal mengekalkan pengukuhan ke atas USD, harga bakal mengalami kejatuhan semula lebih rendah dari paras Magic Pivot 0.7072 dan menuju ke 0.7036 (MagicS1) untuk menguji paras support tersebut. Seterusnya, harga bakal mencari paras terendah yang baru berkemungkinan ke paras support 0.7013 (MagicS2) jika USD yang masih kekal kukuh menekan lagi harga ke paras lebih rendah. Dan seterusnya, jangkaan harga boleh mencecah penurunan sehingga ke paras support 0.6977 (MagicS3) jika penurunan harga masih berlaku.

 

 

Paras support: 0.7036, 0.7013, 0.6977.

Paras resistance: 0.7095, 0.7131, 0.7154.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat