Analisis Teknikal AUD/USD – Timeframe H1 – 31/1/2019

125

Matawang komoditi dolar AUD merebut peluang untuk mengukuh di tengah-tengah kebimbangan pelabur terhadap keputusan FOMC yang menjadi perhatian utama pasaran semalam. Pengukuhan Aussie disokong oleh data inflasi yang mencatatkan bacaan meningkat semalam dan laporan terbaru memberi isyarat yang positif untuk bank pusat Australia untuk menaikkan kadar faedah pada masa akan datang. Harga melonjak pada chart pasangan matawang AUD/USD sehingga sekitar 120 pips kenaikan mengatasi dua kali ganda jarak penurunan pada ketiga-tiga resistance indicator Moshed Magic Line. Lonjakan tersebut merekodkan paras ketinggian terbaru untuk AUD/USD setakat dagangan tahun ini.

Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga yang didagangkan lebih tinggi dari paras Magic Pivot 0.7223 masih berlegar di paras ketinggian harga yang dicapai semalam di sekitar paras 0.72700 pada penghujung sesi dagangan Asia. Harga yang berjaya meneruskan kenaikan mengatasi paras ketinggian tersebut akan menuju ke paras resistance 0.7297 (MagicR1) sebelum kenaikan lebih tinggi harga seterusnya dijangka akan ke paras 0.7347 (MagicR2). Jika momentum lonjakan harga semalam berjaya dikekalkan, harga boleh mencapai sehingga ke paras lebih tinggi sekitar 0.7421 (MagicR3) di mana terakhir kali dicapai adalah sejak dagangan Ogos tahun lalu.

Namun jika Aussie gagal mengekalkan pengukuhan sebaliknya harga kembali menunjukkan penurunan, harga bakal didagangkan lebih rendah semula dari paras Magic Pivot 0.7223 sebelum harga turun ke paras support terdekat sekitar 0.7173 (MagicS1). Jangkaan penurunan harga seterusnya akan ke paras lebih rendah lagi berkemungkinan ke sekitar 0.7098 (MagicS2) sebelum harga turun menguji pula paras tumpuan pada chart AUD/USD iaitu pada 0.7048 (MagicS3) yang berpotensi membentuk zon RBS (resistance become support) yang baru.

Terus pantau sentimen pasaran semasa yang masih menyokong pengukuhan dolar AUD buat masa ini sebelum pasaran menantikan laporan data pekerjaan NFP malam esok. Terus menggunakan indicator Moshed Magic Line dalam analisis teknikal harian anda untuk menentukan paras yang sesuai sebelum meletakkan posisi dagangan pada chart AUD/USD anda.

 

Paras support: 0.7173, 0.7098, 0.7048.

Paras resistance: 0.7297, 0.7347, 0.7421.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat