Analisis Teknikal AUD/USD – Timeframe H1 – 4/1/2019

179

Setelah terjunan drastik harga pada chart pasangan matawang AUD/USD mencatatkan 300 pips penurunan, harga kembali dilihat membuat kenaikan semula dari paras terendah sekitar paras 0.67450 hingga 270 pips kenaikan ke paras 0.70200 pada dagangan semalam. Pergerakan tersebut didorong oleh nilai matawang dollar USD yang didagangkan lemah berikutan faktor kecairan yang rendah dalam pasaran di samping sentimen dalam pasaran yang kekal berisiko menjelang laporan data pekerjaan NFP pada jam 9.30 malam ini. Penurunan harga pada awal dagangan Asia semalam telah mengatasi ketiga-tiga paras support pada indicator Moshed Magic Line sebelum harga kembali membuat kenaikan semula melepasi paras support tersebut dan berjaya mencecah paras sedikit tinggi dari paras Magic Pivot sebelum dagangan New York ditutup pada paras sekitarnya.

Pada sesi pasaran Asia hari ini pula, harga dilihat bergerak perlahan namun masih cuba untuk membuat kenaikan dan dilihat menguji paras 0.70200 setakat jam 2.59 petang. Harga yang berjaya meneruskan kenaikan lebih tinggi dilihat akan menuju ke paras resistance pada 0.7100 (MagicR1) sebelum kenaikan lebih tinggi harga akan menguji pula paras resistance yang berada di paras 0.7196 (MagicR2). Lonjakan lebih besar boleh mencapai paras ketinggian baru ke paras sekitar 0.7373 (MagicR3).

Namun jika harga kembali menyambung penurunan yang dilakukan sebelum ini dengan jarak pergerakan yang agak besar, harga mampu membuat penurunan lebih rendah dari paras Magic Pivot 0.6922 sebelum menguji paras support yang diuji harga pada dagangan semalam di sekitar 0.6826 (MagicS1). Seterusnya, harga berkemungkinan akan turun ke paras lebih rendah sehingga menyentuh paras support yang berada pada 0.6649 (MagicS2) dan sedikit lagi penurunan yang diteruskan bakal melihatkan harga mencecah ke paras sekitar 0.6553 (MagicS3).

Terus ikuti perkembangan perang dagang yang menjadi tumpuan dalam pasaran buat masa sekarang di mana akan memberi kesan secara terus terhadap Aussie. Gunakan indicator Moshed Magic Line untuk membantu anda mencari peluang-peluang terbaik posisi dagangan pada chart AUD/USD setiap hari.

 

Paras support: 0.6826, 0.6649, 0.6553.

Paras resistance: 0.7100, 0.7196, 0.7373.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat