Analisis Teknikal AUD/USD – Timeframe H1 – 4/12/2018

184

Perkembangan di China, matawang Yuan menunjukkan pengukuhan pada nilainya berbanding dollar USD dengan PBOC merekodkan kenaikan terbesar sejak Jun 2017. Laporan ini memberikan kesan yang positif terhadap matawang dollar AUD ekoran Australia sebagai rakan dagang terbesar China. Reserve Bank of Australia (RBA)pula mengumumkan kadar faedah masih dikekalkan seperti yang dijangkakan oleh pasaran. Selain itu, kadar pengangguran dan inflasi dijangka akan terus mencatatkan bacaan yang baik dengan kadar faedah yang rendah dipercayai akan terus menyokong ekonomi mereka. Dilihat pergerakan harga pada chart pasangan matawang AUD/USD pada dagangan semalam, harga menunjukkan kenaikan sejak awal sesi Asia bermula sehingga harga telah melepasi kenaikan pada paras resistance MagicR3 pada indicator Moshed Magic Line semalam, namun USD kembali menekan semula harga ke paras resistance MagicR2 dengan pengukuhan nilainya bermula sesi pasaran Eropah sehingga pasaran New York menutup dagangannya.

Bersambung pada sesi pasaran Asia pagi ini pula, harga dilihat kembali membuat kenaikan dan telah berjaya melepasi paras Magic Pivot 0.7366 hari ini dan menuju ke paras resistance 0.7385 (MagicR1). Jika harga berjaya meneruskan kenaikan lebih tinggi dari paras resistance tersebut, harga bakal mengatasi paras ketinggian harga yang dicapai semalam dan menuju ke resistance 0.7413 (MagicR2). Sedikit lagi kenaikan ke paras lebih tinggi akan menyaksikan harga menguji paras resistance 0.7432 (MagicR3) dan mencatatkan paras ketinggian yang baru.

Sebaliknya, jika harga kembali membuat penurunan lebih rendah dari paras Magic Pivot 0.7366, paras awal yang dilihat akan menjadi tumpuan harga adalah pada support 0.7338 (MagicS1). Seterusnya harga dilihat akan turun menguji pula paras support 0.7319 (MagicS2) yang juga dilihat berpotensi untuk menjadi paras RBS (resistance become support) pada chart AUD/USD. Dan penurunan yang masih diteruskan harga berkemungkinan akan turun menguji pula paras support 0.7291 (MagicS3) yang merupakan paras terendah harian pada dagangan Jumaat lalu.

Ikuti perkembangan ekonomi di Australia dan China dan juga perkembangan pada isu perang dagang di mana faktor-faktor ini banyak mempengaruhi pergerakan harga dalam pasaran khususnya pada chart AUD/USD. Untuk teknikal analisis, indicator Moshed Magic Line adalah disyorkan untuk rujukan harian anda untuk mendapatkan analisis yang lebih berkualiti.

 

Paras support: 0.7338, 0.7319, 0.7291.

Paras resistance: 0.7385, 0.7413, 0.7432.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat