Analisis Teknikal AUD/USD – Timeframe H1 – 7/1/2019

172

Matawang dollar AUD kembali didagangkan mengukuh sehingga awal dagangan Asia minggu ini berikutan perkembangan positif dalam hubungan dagang antara Amerika Syarikat dan China yang sebelum ini membimbangkan pasaran. Rundingan terbaru di antara kedua-dua Presiden negara tersebut dijadualkan akan berlangsung pada awal minggu ini dan pasaran mengharapkan rundingan tersebut akan mencapai satu perjanjian dagangan yang lebih komprehensif. Selain itu juga, pengukuhan Aussie turut disokong oleh faktor dasar pelonggaran yang lebih agresif oleh China dalam usaha untuk menangani kelembapan ekonomi kedua terbesar dunia itu. Pergerakan harga pada chart pasangan matawang AUD/USD pada dagangan Jumaat menunjukkan corak pergerakan yang menaik dan selepas komen bernada dovish Jerome Powell terhadap pandangan beliau mengenai dasar monetari di AS, harga telah melonjak sehingga melepasi paras resistance MagicR1 pada indicator Moshed Magic Line.

Pada sesi pasaran Asia pagi ini, harga masih dilihat bergerak perlahan untuk dagangan permulaan minggu namun semakin menghampiri paras resistance 0.7161 (MagicR1) pada penghujung sesi dagangan Asia. Jika harga berjaya membuat kenaikan lebih tinggi dan melepasi paras resistance tersebut, harga bakal menguji pula paras resistance pada 0.7209 (MagicR2) yang berada sedikit tinggi di mana paras ini turut menjadi tumpuan harga pada dagangan Disember lalu. Dan sekiranya harga berjaya membuat lonjakan lebih tinggi, harga berpotensi untuk mencapai ketinggian baru di sekitar paras resistance 0.7293 (MagicR3).

Namun, jika harga membuat penurunan lebih rendah dari paras Magic Pivot 0.7077 hari ini, jangkaan paras awal penurunan harga adalah ke paras support pada 0.7029 (MagicS1). Seterusnya, harga bakal meneruskan penurunan lebih rendah sehingga ke paras sekitar 0.6945 (MagicS2) sebelum sedikit lagi penurunan akan menguji pula paras support yang berada pada 0.6897 (MagicS3).

Pantau perkembangan rundingan dagangan AS-China pada minggu ini pula dan beri tumpuan pada intipati daripada rundingan tersebut di mana akan turut memberi isyarat kepada pasaran khususnya terhadap perubahan sentimen dalam pasaran semasa. Terus jadikan indicator Moshed Magic Line sebagai rujukan tetap dalam analisis teknikal harian anda untuk mendapatkan hasil analisis yang lebih berkualiti.

 

Paras support: 0.7029, 0.6945, 0.6897.

Paras resistance: 0.7161, 0.7209, 0.7293.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat