Analisis Teknikal AUD/USD – Timeframe H1 – 7/11/2018

182

Reserve Bank of Australia (RBA) telah mengekalkan kadar faedah untuk bulan ke 27 berturut pada kadar 1.50% seperti yang dijangkakan oleh pasaran. Pergerakan harga pada chart pasangan matawang AUD/USD dilihat bergerak sederhana pada sesi dagangan Selasa dengan pergerakan yang mendatar pada sesi pasaran Asia dan kenaikan harga dilihat pada sesi pasaran Eropah setelah penetapan kadar faedah oleh RBA menyokong kenaikan matawang Aussie. Harga dilihat membuat kenaikan dari paras Magic Pivot semalam sehingga mencapai paras resistance MagicR2 pada indicator Moshed Magic Line sebelum harga kembali membuat penurunan semula pada sesi pasaran New York. Namun, pada lewat sesi pasaran New York menjelang pembukaan sesi pasaran Asia hari ini, harga dilihat kembali semula melonjak ke paras ketinggian harga sekitar paras resistance MagicR2 sebelumnya.

Bersambung ke sesi pasaran Asia hari ini pula, harga yang memulakan dagangan sekitar paras Magic Pivot 0.7232 hari ini dilihat membuat kenaikan dan menyentuh paras resistance 0.7258 (MagicR1) sebelum harga membuat terjunan melepasi paras Magic Pivot sehingga menguji paras support 0.7217 (MagicS1) berikutan dipengaruhi oleh keputusan semasa pilihanraya di Amerika Syarikat yang sedang berlangsung. Namun, Parti Demokrasi yang kembali mendahului dalam keputusan yang sememangnya dijangka akan memenangi pilihanraya telah melonjakkan kembali harga pada chart AUD/USD di mana nilai USD kembali didagangkan lemah. Lonjakan harga telah melepasi paras resistance MagicR1 sebentar tadi dan dilihat telah menyentuh paras resistance 0.7272 (MagicR2) pada indicator Moshed Magic Line sebelum kembali pantul semula. Jika harga terus membuat kenaikan, jangkaan paras seterusnya yang akan menjadi tumpuan harga adalah pada resistance 0.7299 (MagicR3).

Sebaliknya, jika matawang USD kembali mengukuh berbanding AUD semula, jangkaan penurunan harga bakal bergerak lebih rendah melepasi paras Magic Pivot dan juga support MagicS1 tadi. Seterusnya harga akan menyambung penurunan dan menuju ke paras support yang lebih rendah dilihat berada pada paras 0.7191 (MagicS2). Paras support seterusnya pada 0.7177 (MagicS3) dilihat akan menjadi paras tumpuan harga seterusnya jika harga masih mengekalkan momentum penurunan yang dibuat.

Berhubung kadar faedah yang dikekalkan oleh RBA, Gabenor Lowe percaya ekonomi di Australia akan berkembang pada kadar 3.5% pada 2018 dan 2019 serta RBA turut optimis kadar pengangguran akan menurun 4.75% pada 2020. Terus ikuti perkembangan ekonomi di Australia bagi memantau pergerakan harga pada chart AUD/USD dan lihat paras support dan resistance yang terbaik pada chart AUD/USD berpandukan indicator Moshed Magic Line.

 

Paras support: 0.7217, 0.7191, 0.7177.

Paras resistance: 0.7258, 0.7272, 0.7299.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat