Pergerakan harga pada chart pasangan matawang AUD/USD untuk sesi dagangan semalam dilihat agak mendatar dengan kedua-dua matawang dollar AUD dan USD didagangkan lemah. Aussie gagal mengekalkan pengukuhan sebelum ini berikutan data indeks perkilangan di Australia mencatatkan bacaan yang menurun. Harga yang gagal menyentuh paras resistance MagicR1 pada indicator Moshed Magic Line semalam dan hanya menguji paras 0.71500 sebelum harga bergerak mendatar di bawah paras tersebut sehingga sesi pasaran New York menutup dagangannya semalam.
Pada sesi pasaran Asia pagi ini, data imbangan dagangan di Australia yang dikeluarkan jam 8.30 pagi tadi menunjukkan bacaan yang menurun. Dapat dilihat pergerakan harga pada chart AUD/USD membuat penurunan lebih rendah dari paras Magic Pivot 0.7134 hari ini dan menuju pula ke paras support 0.7118 (MagicS1). Jika harga terus turun ke paras lebih rendah dari paras tersebut, jangkaan penurunan harga seterusnya akan ke paras sekitar 0.7091 (MagicS2) yang dilihat berada pada zon minor RBS (resistance become support). Sedikit lagi penurunan yang diteruskan harga akan menyentuh pula paras support pada 0.7076 (MagicS3).
Namun, jika harga kembali didagangkan lebih tinggi kembali pada paras Magic Pivot 0.7134, harga bakal membuat kenaikan menuju ke paras resistance pada 0.7161 (MagicR1) sebelum kenaikan seterusnya harga dijangka akan menguji paras tumpuan pada sekitar 0.7177 (MagicR2). Seterusnya, harga yang masih meneruskan kenaikan berkemungkinan akan ke paras resistance yang diuji pada Disember lalu sekitar 0.7204 (MagicR3).
Beri tumpuan pada perkembangan rundingan dagang terbaru antara Amerika Syarikat dan China sambil memantau ekonomi domestik Australia dan China yang mempengaruhi pergerakan harga pada chart AUD/USD. Terus jadikan indicator Moshed Magic Line sebagai panduan dalam analisis teknikal untuk mencari paras terbaik bagi posisi dagangan anda pada chart AUD/USD.
Paras support: 0.7118, 0.7091, 0.7076.
Paras resistance: 0.7161, 0.7177, 0.7204.
Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI