Analisis Teknikal AUD/USD – Timeframe H1 – 9/1/2019

144

Pergerakan harga pada chart pasangan matawang AUD/USD untuk sesi dagangan semalam dilihat mendatar dengan kedua nilai matawang Aussie dan Greenback didagangkan seimbang. Walaupun data domestik di Australia kurang memberangsangkan, kestabilan nilai matawang Aussie didorong oleh faktor sentimen pasaran yang semakin pulih. Sementara USD pula mula menunjukkan kenaikan nilai berikutan faktor kebimbangan pelabur terarah pada risiko kegawatan ekonomi pada zon Eropah. Pergerakan harga hanya berlegar di sekitar paras Magic Pivot semalam dan paras terendah dagangan harian semalam dilihat mencecah paras support MagicS1 pada indicator Moshed Magic Line.

Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga yang memulakan dagangan sekitar paras Magic pivot 0.7135 terus menunjukkan kenaikan seawal sesi dagangan bermula sehingga melepasi paras resistance 0.7153 (MagicR1). Kenaikan tersebut kemudiannya mencapai paras ketinggian pada resistance 0.7168 (MagicR2) sebelum harga kembali pantul dan turun menguji semula paras resistance MagicR1. Jika harga terus menyambung semula kenaikan yang dilakukan pada awal dagangan hari ini, paras resistance pada 0.7186 (MagicR3) dilihat akan menjadi destinasi tumpuan harga pada kenaikan yang seterusnya.

Namun jika harga terus turun semula lebih rendah dari paras Magic Pivot hari ini, harga bakal menguji semula paras terendah pada dagangan semalam di sekitar paras support 0.7120 (MagicS1). Jika harga berjaya turun lebih rendah dari paras tersebut, harga akan menguji pula support pada 0.7102 (MagicS2) sebelum sedikit lagi penurunan harga akan menyentuh pula paras support 0.7087 (MagicS3).

Ikuti perkembangan pada rundingan dagang Amerika Syarikat dan China serta mesyuarat FOMC awal pagi nanti yang akan menjadi tumpuan pasaran jika anda ingin terus memantau pergerakan harga pada chart pasangan matawang AUD/USD. Tentukan paras support dan resistance terbaik pada chart AUD/USD dengan berpandukan paras-paras yang telah digariskan pada indicator Moshed Magic Line.

 

Paras support: 0.7120, 0.7102, 0.7087.

Paras resistance: 0.7153, 0.7168, 0.7186.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat