Analisis Teknikal CAD/CHF – Timeframe H1 – 4/9/2018

328

Pasaran masih kekal melihat matawang CAD terus melemah ekoran daripada isu NAFTA dimana rundingan perdagangan tersebut yang melibatkan Kanada dan Amerika Syarikat masih tiada persetujuan dan akan bersambung pada minggu ini.

Matawang Loonie itu terus mengalami kejatuhan nilai apabila ditambah lagi dengan faktor ekonomi Kanada yang bergerak dengan kadar perlahan sekaligus memberi jangkaan ramalan oleh pasaran bahawa Bank of Canada (BOC) akan mengekalkan kadar faedah pada mesyuarat minggu ini.

Pasaran juga turut tertumpu terhadap data perkerjaan di Kanada pada Jumaat ini. Matawang CHF pula masih kekal positif ekoran sentimen pasaran yang masih dilihat berisiko dengan krisis geopolitik yang masih berlarutan. Seperti matawang JPY juga, CHF turut mendapat permintaan atas faktor aliran pasaran ke arah matawang dengan pulangan yang rendah apabila pasaran dilihat dalam keadaan berisiko (risk-off). Pengukuhan nilai matawang CHF buat masa ini juga turut disokong oleh sentiment positif di Zon Eropah ekoran jangkaan ECB untuk menaikkan kadar faedah.

Dari segi teknikal, pergerakan harga masih lagi dilihat dalam fasa menurun bagi pasangan matawang CAD/CHF. Harga dilihat membuat penurunan sejak minggu lalu dari paras SBR (support become resistance) di 0.75200 dan terus turun lebih rendah sehingga paras support 0.74000.

Harga dilihat bergerak perlahan sejak lewat sesi pasaran New York sehingga sesi pasaran Asia hari ini. Pergerakan harga sejak sesi pasaran Asia tadi hanyalah sekitar 20pips sahaja dan harga semasa bergerak sekitar paras 0.74060 setakat jam 6.10 petang. Jika harga meneruskan penurunan, harga berkemungkinan turun ke paras support 0.73670 dan seterusnya di 0.73400. Sebaliknya jika harga membuat kenaikan, harga dilihat akan menguji paras resistance 0.74350 dan jika harga berjaya menembusi (breakout) paras tersebut, paras resistance terhampir adalah pada paras 0.74670 dan seterusnya major resistance di 0.75200.

Jika sentimen pasaran semasa terus menyokong pengukuhan nilai CHF, pergerakan harga akan terus dilihat akan membuat penurunan sehingga sentimen semasa berubah. Ikuti perkembangan isu perang dagang dan berita-berita semasa bagi memantau pergerakan harga bagi pasangan matawang CAD/CHF ini.

Paras support: 0.73825, 0.73675, 0.73403.

Paras resistance: 0.74247, 0.74519, 0.74669.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat