Analisis Teknikal EUR/CHF – Timeframe H1 – 3/9/2018

543

Matawang EURO turut terkesan oleh isu Brexit yang masih berlarutan sehingga kini. Ditambah lagi dengan krisis kewangan di Itali menekankan lagi matawang EURO.

Terbaru, Kesatuan Eropah (EU) bakal terpalit dengan isu perang dagang dengan Amerika Syarikat seperti negara-negara besar yang lain setelah Presiden AS Donal Trump mengkritik EU dengan mengatakan bahawa dasar perdagangan EU hampir sama buruknya dengan China.

Pasaran melihat EURO bakal berdepan masalah yang sama seperti China pada masa ini dan dijangka matawang EURO akan melemah. Sementara itu, matawang Swiss franc buat masa ini mendapat kelebihan atas faktor sentimen pasaran dalam keadaan berisiko (risk-off) dan dijangka permintaan terhadap matawang CHF akan meningkat.

CHF matawang pulangan rendah menjadi pilihan dalam pasaran apabila sentimen dalam pasaran dilihat kembali berisiko. Selain itu, faktor lain yang mempengaruhi matawang CHF buat masa ini adalah jangkaan ECB untuk menaikkan kadar faedah seterusnya bakal memberikan impak positif untuk CHF.

Dari segi teknikal, pergerakan harga masih lagi dilihat dalam fasa menurun bagi pasangan matawang EUR/CHF. Harga dilihat membuat penurunan dari paras resistance 1.14500 sejak Rabu lalu sehingga paras terendah yang dicapai pada Jumaat adalah pada 1.12400.

Pada sesi pasaran Asia dibuka hari ini, harga dilihat bergerak lemah walaupun membuat sedikit kenaikan, namun julat pergerakan harga hanyalah sekitar 30 pips sahaja dan harga semasa bergerak di sekitar zon 1.12670 setakat jam 5 petang. Jika harga menyambung penurunan, paras support terdekat yang dilihat bakal dituju adalah pada paras 1.12140 dan seterusnya di 1.11900.

Namun jika harga menembusi (breakout) paras-paras support tersebut, support seterusnya yang berkemungkinan dicapai adalah pada paras 1.11400. Sebaliknya, jika harga membuat kenaikan, paras resistance yang berpotensi dicapai adalah pada 1.13350 dan seterusnya harga bakal menguji paras resistance 1.13600. Jika harga berjaya menembusi (breakout) paras-paras tersebut, paras resistance yang berkemungkinan dicapai adalah pada paras 1.14500 iaitu paras resistance minggu lalu.

Paras support: 1.12145, 1.11897, 1.11416.

Paras resistance: 1.12874, 1.13355, 1.13603.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat