Analisis Teknikal EUR/JPY – Timeframe H1 – 30/8/2018

1,164

Perkembangan isu Brexit yang memberi impak positif dalam pasaran bukan sahaja memberi kelebihan terhadap GBP malahan juga kesan yang positif terhadap EURO. Pelabur melihat EURO terus optimis dengan dasar yang hawkish oleh ECB serta kenyataan ECB yang ingin mengurangkan suntikan QE memberi gambaran bahawa ekonomi di sana semakin baik.

Aktivti ekonomi di zon Euro sememangnya sedang berkembang pesat pada bulan Ogos mengikut bacaan pada data PMI. Matawang EURO dilihat stabil dengan data-data yang positif dan perkembangan isu-isu semasa yang terus menyokong kekuatan niai matawang tersebut.

Sebaliknya, kesan positif bukanlah dirasai oleh semua pihak dimana JPY akan terkesan dengan sentimen pasaran global yang dijangka akan bertambah baik selepas ini. Keredaan krisis Brexit dan juga perkembangan isu NAFTA yang semakin optimis membuatkan pasaran akan lebih terarah kepada pulangan yang tinggi sekaligus akan mengurangkan permintaan terhadap matawang safe-haven JPY.

Namun, jika pasaran kembali berisiko dan kebimbangan pelabur meningkat, matawang JPY bakal menjadi tumpuan semula.

Dari segi teknikal, pergerakan harga masih lagi dilihat dalam fasa menaik bagi pasangan matawang EUR/JPY. Sebelum ini, harga dilihat membuat kenaikan yang agak konsisten dari paras terendah dua minggu lalu iaitu dari paras 125.000 sehinggalah paras tertinggi dicapai semalam pada 130.850. Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga dilihat bergerak perlahan dan sedikit menurun namun masih berada dalam julat harga semalam di antara 130.853-129.587.

Jika harga meneruskan kenaikan, dijangka paras resistance yang bakal dicapai adalah pada paras 132.400. Namun jika harga membuat penurunan, harga perlu menguji paras support 129.600 dan jika berjaya ditembusi (breakout), paras support yang menjadi tumpuan adalah pada 126.900 dan seterusnya di 125.200.

Pergerakan harga masih dilihat kekal dalam fasa menaik jika harga masih bergerak di atas Moving Average 100 (MA100) sehinggalah harga membuat penurunan dan menembusi (breakout) garisan MA100. Ikuti perkembangan sentimen pasaran semasa bagi memantau pergerakan chart EUR/JPY ini.

Paras support: 129.927, 129.124, 128.661.
Paras resistance: 131.193, 131.656, 132.459.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat