Analisis Teknikal EUR/NZD – Timeframe H1 – 16/8/2018

485

Chart harga bagi matawang EUR/NZD dilihat bergerak mendatar dan perlahan. EURO masih didagangkan lemah ekoran isu geopolitik antara Turki dan Amerika.

Terbaru, Turki mengenakan tariff terhadap barangan import dari Amerika. Isu yang berlarutan ini memberi kesan terhadap matawang EURO. Namun keadaan dijangka akan kembali stabil berikutan krisis di Turki itu serta perkembangan untuk rundingan dagang AS-China pula akan memberi impak positif terhadap matawang NZ dollar.

EUR/NZD dilihat bergerak mendatar di antara julat harga 1.73088-1.72359 sejak semalam sehingga hari ini. Harga semasa di sekitar paras 1.72740 masih di bawah garisan Moving Average 100 (MA100) dan bergerak agak perlahan sejak sesi pasaran Asia dan juga pasaran London.

Jika matawang EURO terus mencatatkan kejatuhan, harga mampu menembusi (breakout) paras support 1.72300 dan jatuh sehingga ke paras 1.71250. Sebaliknya, jika harga berjaya menembusi resistance 1.73100, resistance yang menjadi tumpuan adalah pada paras 1.74750.

Paras support: 1.72373, 1.72001, 1.71644.
Paras resistance: 1.73102, 1.73459, 1.73831.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat