Analisis Teknikal EUR/USD – Timeframe – 20/9/2018

664

Pergerakan harga bagi pasangan matawang EUR/USD pada dagangan semalam dilihat menguji kembali zon resistance 1.1700-1.17200 di mana terdapat juga paras resistance MagicR1 pada indicator Moshed Magic Line, namun harga tidak berjaya menembusi (breakout) zon tersebut dan kembali membuat penurunan melepasi paras Magic Pivot semalam dan menyentuh paras RBS (resistance become support) pada 1.16500 sebelum harga berpatah arah semula dan berlegar di sekitar Magic Pivot. Pada pasaran Asia hari ini, harga dilihat didagangkan agak perlahan dan bergerak di sekitar paras Magic Pivot 1.1680. Kemudian harga dilihat ingin menuju ke arah zon resistance semalam dan juga paras resistance 1.1709 (MagicR1) di mana harga semasa didagangkan pada paras 1.16930 setakat jam 3.08 petang.

Jika harga berjaya breakout resistance MagicR1 dan zon resistance 1.1700-1.1720, jangkaan harga bakal membuat kenaikan sehingga ke paras resistance 1.1745 (MagicR2). Kenaikan harga yang dijangka seterusnya ke paras yang lebih tinggi iaitu pada resistance 1.1774 (MagicR3).

Sebaliknya, jika matawang USD kembali mendapat permintaan, harga berkemungkinan ditekan lebih rendah ke paras RBS 1.16500 sebelum ini di mana terdapat juga paras support yang berdekatan iaitu pada support 1.1643 (MagicS1). Jika harga berjaya breakout paras tersebut, harga akan menuju ke paras support 1.1614 (MagicS2) atau ke paras support seterusnya yang lebih rendah iaitu pada support 1.1578 (MagicS3).

Ketegangan isu perang dagang dilihat sedikit reda dan pasaran mungkin menantikan rundingan seterusnya antara Amerika Syarikat dan China. Isu perdagangan yang melibatkan dua ekonomi besar dunia buat masa ini masih memberikan kebimbangan dalam pasaran. Untuk mencari paras-paras penting pada chart, boleh gunakan indicator Moshed Magic Line sebagai rujukan analisis anda.

 

Paras support: 1.1643, 1.1614, 1.1578.

Paras resistance: 1.1709, 1.1745, 1.1774.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat