Analisis Teknikal EUR/USD – Timeframe H1 – 1/2/2019

319

EURO kembali menunjukkan penurunan pada dagangan Khamis setelah bacaan data ekonomi pada zon Eropah secara keseluruhannya adalah lemah di mana data yang dilihat ketara merosot adalah jualan runcit di Jerman. Harga pada chart pasangan matawang EUR/USD untuk sesi dagangan semalam membuat kenaikan sejak sesi pasaran Asia dibuka sehingga mencatatkan paras ketinggian semasa terbaru di sekitar paras 1.1515 sebelum harga kembali turun semula pada sesi pasaran Eropah. USD kemudiannya kembali menunjukkan pengukuhan setelah data jualan rumah baru di Amerika Syarikat yang dikeluarkan mencatatkan angka yang jauh meningkat daripada jangkaan seterusnya menekan semula harga pada chart EUR/USD. Harga naik hampir menyentuh paras resistance MagicR1 pada indicator Moshed Magic Line sebelum turun semula ke bawah paras lebih rendah dari Magic Pivot semalam dan menguji zon RBS (resistance become support) sekitar 1.14500.

Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga bergerak perlahan dengan dagangan dijangka akan lebih berwaspada menantikan laporan data pekerjaan NFP pada malam ini. Jika harga terus menyambung penurunan yang dilakukan semalam, harga bakal turun ke paras zon support minggu ini iaitu pada sekitar 1.1386 (MagicS1). Kemudian, harga yang meneruskan lagi penurunan dijangka akan ke paras support lebih rendah pada 1.1386 (MagicS2). Seterusnya, jika laporan data pekerjaan NFP malam ini positif untuk USD, harga bakal mencecah penurunan sehingga ke paras sekitar 1.1336 (MagicS3) atau lebih rendah lagi.

Namun, jika harga bergerak lebih tinggi semula dengan USD yang didagangkan lemah, harga bakal melepasi kenaikan pada paras Magic Pivot 1.1466 hari ini dan menuju ke paras resistance terdekat iaitu pada 1.1495 (MagicR1). Harga yang meneruskan kenaikannya bakal mencatatkan paras ketinggian terbaru mengatasi dagangan semalam menuju pula ke paras resistance pada 1.1545 (MagicR2). Sedikit lagi kenaikan yang berjaya dikekalkan dilihat akan ke paras sekitar 1.1574 (MagicR3) untuk harga terus mencari paras ketinggian yang baru pada chart EUR/USD.

Perhatikan data ekonomi pada zon Eropah yang dikeluarkan hari ini dan kawal dagangan anda menjelang laporan data pekerjaan NFP pada mala mini. Lihat paras-paras yang bakal menjadi tumpuan harga pada chart EUR/USD dengan berpandukan pada indicator Moshed Magic Line untuk membantu anda dalam analisis teknikal harian.

 

Paras support: 1.1416, 1.1386, 1.1336.

Paras resistance: 1.1495, 1.1545, 1.1574.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat