Analisis Teknikal EUR/USD – Timeframe H1 – 10/1/2019

294

Matawang dollar USD didagangkan lemah sehingga awal dagangan Asia hari ini setelah kesimpulan daripada minit mesyuarat FOMC awal pagi tadi memberikan gambaran yang negatif terhadap pergerakan nilai matawang USD untuk dagangan tahun ini. Sementara EURO yang mengalami kejatuhan nilai sebelum ini kembali didagangkan positif mengambil kesempatan ke atas dagangan berisiko USD. Dilihat pergerakan harga pada chart pasangan matawang EUR/USD untuk sesi dagangan semalam, harga melonjak dari paras Magic Pivot sehingga lebih 100 pips kenaikan melepasi ketiga-tiga paras resistance pada indicator Moshed Magic Line semalam dan mencatat paras ketinggian yang baru berhampiran paras harga pada 1.15600.

Pada sesi pasaran Asia pagi ini, harga dilihat masih terus menyambung kenaikan ke paras lebih tinggi menuju ke paras resistance 1.1589 (MagicR1). Jika momentum kenaikan tersebut berjaya dikekalkan, harga bakal menuju pula ke paras resistance yang berada lebih tinggi iaitu pada 1.1636 (MagicR2). Seterusnya, harga yang meneruskan kenaikan ke paras lebih tinggi bakal menguji zon resistance pada dagangan September tahun lalu sekitar 1.1712 (MagicR3).

Namun, jika harga kembali membuat penurunan sehingga ke paras lebih rendah semula dari paras Magic Pivot 1.1513 hari ini, harga dilihat bakal turun menguji paras support 1.1466 (MagicS1) yang berada pada zon RBS (resistance become support). Kemudian, harga yang meneruskan penurunan ke paras lebih rendah lagi bakal menuju ke arah support pada sekitar 1.1389 (MagicS2) sebelum sedikit lagi penurunan yang masih diteruskan akan menyentuh paras support pada 1.1343 (MagicS3).

Kawal dagangan penghujung minggu dengan pergerakan harga yang sukar dijangka. Terus ikuti perkembangan susulan selepas minit mesyuarat FOMC dikeluarkan awal pagi tadi dan kesannya terhadap pasaran semasa. Jadikan indicator Moshed Magic Line sebagai rujukan tambahan untuk setiap analisis teknikal anda sebelum memulakan dagangan harian.

 

Paras support: 1.1466, 1.1389, 1.1343.

Paras resistance: 1.1589, 1.1636, 1.1712.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat