Analisis Teknikal EUR/USD – Timeframe H1 – 10/12/2018

331

Minggu pertama untuk dagangan Disember bagi matawang dollar USD agak membebankan dengan pelbagai faktor yang memberi tekanan terhadap matawang tersebut termasuk sentimen pasaran semasa. Data yang ditunggu-tunggu sepanjang minggu oleh pelabur iaitu laporan data pekerjaan NFP di Amerika Syarikat dikeluarkan pada Jumaat lalu dan seperti yang dijangkakan, angka menunjukkan pertambahan pekerjaan yang agak lemah. Data menunjukkan bacaan sebanyak 155,000 orang pertambahan pekerjaan untuk bulan November lebih rendah daripada jangkaan 198,000 pertambahan pekerja. Kadar pengangguran kekal di paras 3.7% manakala data purata pendapatan yang menjadi salah satu petunjuk kepada kadar inflasi meningkat hanya 0.2% berbanding jangkaan 0.3%. Dengan laporan yang menyebabkan matawang USD terus didagangkan lemah ini, dapat dilihat pergerakan harga pada chart pasangan matawang EUR/USD membuat kenaikan dari paras Magic Pivot pada dagangan Jumaat sehingga ke paras resistance MagicR1 pada indicator Moshed Magic Line sebelum harga sedikit turun pada penghujung penutup dagangan minggu lalu.

Pada sesi pasaran Asia untuk permulaan minggu ini pula, pergerakan harga pada chart EUR/USD dilihat memulakan dagangan di paras Magic Pivot 1.1390 hari ini dan terus membuat kenaikan melepasi paras resistance 1.1421 (MagicR1) dan menuju pula ke paras resistance 1.1455 (MagicR2) untuk menguji zon SBR (support become resistance) tersebut. Jika harga berjaya meneruskan lonjakan ke paras lebih tinggi, jangkaan harga akan naik ke paras resistance yang berada di paras sekitar 1.1485 (MagicR3).

Namun, jika harga gagal meneruskan kenaikan dan harga kembali membuat penurunan semula lebih rendah dari paras Magic Pivot 1.1390, harga berkemungkinan akan turun menuju ke paras tumpuan harga di paras support 1.1356 (MagicS1). Kemudiannya, harga dijangka akan meneruskan penurunan pula ke paras support 1.1326 (MagicS2) yang turut merupakan paras yang dituju harga pada dagangan minggu lalu namun gagal ke paras lebih rendah. Sekiranya harga berjaya mengekalkan momentum penurunan, jangkaan harga akan ke paras sekitar 1.1292 (MagicS3) untuk menjadikan paras support tersebut sebagai destinasi tumpuan yang seterusnya.

Lihat data-data yang berpengaruh sepanjang minggu ini untuk membantu anda lebih jelas membuat keputusan dalam dagangan. Tentukan paras yang menjadi tumpuan harga pada chart EUR/USD dengan bantuan indicator Moshed Magic Line dalam analisis teknikal anda.

 

Paras support: 1.1356, 1.1326, 1.1292.

Paras resistance: 1.1421, 1.1455, 1.1485.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat