Analisis Teknikal EUR/USD – Timeframe H1 – 12/10/2018

355

Pergerakan harga pada pasangan matawang EUR/USD pada dagangan semalam dilihat masih membuat kenaikan harga dalam keadaan sentimen pasaran yang masih berisiko. Pasaran saham yang didagangkan terus merosot meningkatkan kebimbangan terhadap melabur di mana matawang USD terus didagangkan lemah. Kesempatan ini dimanfaatkan oleh EURO untuk melonjakkan harga pada chart EUR/USD. Harga yang dilihat membuat kenaikan pada sesi pasaran Asia semalam kemudiannya turun membuat pembetulan harga (correction) sebelum harga membuat kenaikan semula melepasi paras resistance MagicR1 dan resistance MagicR2 pada indicator Moshed Magic Line dan menutup harga di sekitar paras 1.16000.

Pergerakan harga sejak awal sesi pasaran Asia hari ini pula agak perlahan di mana harga dilihat berada lebih tinggi dari paras Magic Pivot 1.1570 dan menuju ke paras resistance 1.1622 (MagicR1). Jika harga terus menyambung kenaikan yang dibuat, harga dilihat akan melepasi paras resistance MagicR1 untuk naik menguji paras resistance 1.1651 (MagicR2) dan pasaran akan menunggu reaksi harga pada paras ini. Jika harga berjaya breakout paras tersebut, jangkaan harga akan mencapai paras ketinggian baru pada resistance 1.1703 (MagicR3).

Namun, sekiranya pasaran semasa kembali menyokong pengukuhan nilai matawang USD semula, harga berkemungkinan akan membuat penurunan semula sehingga melepasi paras Magic Pivot 1.1570 dan menuju ke paras support 1.140 (MagicS1) untuk menguji zon tumpuan harga tersebut. Kemudiannya, jika harga dilihat menembusi paras tersebut, jangkaan harga akan membuat penurunan ke paras support 1.1489 (MagicS2) terlebih dahulu sebelum harga menguji pula paras support 1.1459 (MagicS3) di mana paras tersebut berada di zon harga yang telah diuji beberapa kali sebelum ini.

Jika sentimen pasaran yang tidak menentu pada minggu ini sedikit mengganggu sistem dagangan anda, dinasihatkan anda untuk meluangkan sedikit masa untuk bacaan dan analisis pasaran semasa. Dan untuk analisis teknikal, anda boleh gunakan indicator Moshed Magic Line sebagai rujukan tambahan anda.

 

Paras support: 1.1540, 1.1489, 1.1459.

Paras resistance: 1.1622, 1.1651, 1.1703.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat