Analisis Teknikal EUR/USD – Timeframe H1 – 12/11/2018

562

Mengimbas kembali pergerakan harga pada chart pasangan matawang EUR/USD untuk dagangan minggu lalu, harga dilihat telah membuat penurunan pada penghujung minggu setelah USD yang kembali mengukuh setelah FED optimis untuk menaikkan kadar faedah pada Disember nanti telah menekan harga ke paras lebih rendah. Matawang EURO juga masih terkesan ekoran krisis bajet di Itali yang masih berlarutan dan menimbulkan kebimbangan terhadap para pelabur. Pada dagangan Jumaat, harga dilihat membuat penurunan dan beberapa kali menguji paras support MagicS1 pada indicator Moshed Magic Line sebelum menutup harga pada paras sekitar 1.13330 sebagai penutup dagangan minggu lalu.

Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga dilihat memulakan dagangan pada paras lebih rendah dan dilihat terdapat jarak (gap) pada pembukaan harga chart EUR/USD untuk permulaan minggu. Harga dilihat cuba untuk membuat kenaikan seawal sesi bermula dan menuju ke paras Magic Pivot 1.1339 namun harga terlihat kembali membuat penurunan semula untuk harga menguji paras support terdekat yang berada pada paras 1.1309 (MagicS1) yang merupakan zon major support harga yang belum berjaya ditembusi sebelum ini. Jika harga berjaya breakout paras tersebut, harga bakal mencari paras terendah yang baru dan berkemungkinan menuju ke paras support 1.1286 (MagicS2). Seterusnya, harga yang menyambung penurunan dijangka akan terus turun ke paras yang lebih rendah dan boleh mencecah ke paras support 1.1257 (MagicS3).

Namun, jika harga kembali membuat lonjakan semula melepasi paras Magic Pivot 1.1339 hari ini, berkemungkinan kenaikan harga dilihat akan menuju ke paras resistance terdekat iaitu pada 1.1362 (MagicR1). Kemudiannya, kenaikan harga yang diteruskan dijangka akan ke paras tumpuan harga seterusnya pada resistance 1.1392 (MagicR2) sebelum harga naik lebih tinggi menguji paras 1.1415 (MagicR3).

Ikuti perkembangan krisis bajet Itali yang masih berlarutan dan terus memberi kesan terhadap nilai matawang EURO. Beri tumpuan juga terhadap data ekonomi di zon Eropah pada minggu ini seperti data GDP (KDNK) dan juga inflasi. Gunakan indicator Moshed Magic Line untuk membantu anda merancang strategi dagangan yang terbaik sepanjang minggu ini.

 

Paras support: 1.1309, 1.1286, 1.1257.

Paras resistance: 1.1362, 1.1392, 1.1415.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat