Analisis Teknikal EUR/USD – Timeframe H1 – 14/11/2018

303

Sesi dagangan semalam tertumpu kepada isu rundingan Brexit yang memberi impak ketara terhadap pergerakan matawang khususnya EURO dan Sterling. EURO yang turut membuat kenaikan pada sesi dagangan New York semalam selepas keyakinan para pelabur kembali meningkat terhadap rundingan Brexit walau bagaimanapun sedikit terganggu dengan tumpuan pasaran masih kepada krisis bajet Itali yang menimbulkan ketidaktentuan pada zon Eropah. Tambahan, data GDP (KDNK) Jerman yang akan dikeluarkan hari ini diramalkan merosot ekoran kelemahan pada sektor jualan runcit dan imbangan dagangan pada suku tahun ketiga. Jika diteliti pergerakan harga pada chart pasangan matawang EUR/USD, harga telah membuat kenaikan dari paras terendah semasa harga sekitar 1.12150 sehingga berjaya melepasi paras Magic Pivot sebelum harga berjaya menyentuh paras resistance MagicR1 pada indicator Moshed Magic Line pada dagangan semalam.

Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga dilihat terus menyambung kenaikan harga semalam dan menguji paras resistance 1.1315 (MagicR1) hari ini sebelum harga membuat sedikit penurunan ke paras SBR (support become resistance) 1.13000. Jika harga terus membuat kenaikan pada sesi dagangan hari ini, jangkaan harga akan menuju ke paras resistance pada 1.1343 (MagicR2) yang berada lebih tinggi dan sekiranya harga berjaya mengekalkan momentum kenaikan, paras tumpuan harga pada paras sekitar 1.1394 (MagicR3) dilihat bakal menjadi destinasi kenaikan harga yang seterusnya.

Namun, jika USD kembali mengukuh semula, jangkaan harga akan membuat penurunan ke paras Magic Pivot 1.1265 hari ini dan seterusnya mencari paras support terdekat yang dilihat pada paras 1.1237 (MagicS1). Kemudiannya, harga yang menyambung penurunan berkemungkinan akan mencari paras terendah yang baru sekitar paras support 1.1187 (MagicS2) mengatasi harga terendah yang dicapai harga pada dagangan Isnin lepas. Dan seterusnya, penurunan harga dilihat boleh mencecah sehingga paras serendah 1.1158 (MagicS3).

Terus ikuti perkembangan krisis bajet Itali yang masih berlarutan dan juga perkembangan rundingan Brexit. Lihat paras-paras tumpuan harga pada chart EUR/USD berpandukan pada indicator Moshed Magic Line.

 

Paras support: 1.1237, 1.1187, 1.1158.

Paras resistance: 1.1315, 1.1343, 1.1394.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat