Analisis Teknikal EUR/USD – Timeframe H1 – 15/10/2018

426

Pergerakan harga bagi pasangan matawang EUR/USD pada dagangan Jumaat lalu menunjukkan harga membuat penurunan berikutan faktor ketidaktentuan politik di Jerman dan matawang EURO juga turut terjejas ekoran dari isu rundingan Brexit. Rundingan Brexit yang dikatakan bakal mencapai persetujuan dalam masa terdekat sedikit terganggu dengan isu sempadan Ireland. Harga dilihat membuat penurunan melepasi paras Magic Pivot dan seterusnya ke paras support MagicS1 pada indicator Moshed Magic Line pada Jumaat lalu dan menutup harga di sekitar paras 1.15600.

Pada sesi pasaran Asia hari ini bermula, kelihatan jarak (gap) perbezaan harga yang dibuka lebih rendah dari paras harga ditutup pada sesi dagangan Jumaat lalu. Pergerakan harga pada awal sesi sangat perlahan dan didagangkan lebih rendah dari paras Magic Pivot 1.1567 hari ini dan harga dilihat menuju ke paras tersebut pada awal sesi pasaran Eropah. Jika harga terus didagangkan lebih rendah hari ini, harga berkemungkinan turun menguji paras support terdekat yang berada pada paras 1.1524 (MagicS1) yang berada pada zon RBS (resistance become support) sebelum ini. Harga yang menyambung penurunannya bakal menuju pula ke paras support 1.1490 (MagicS2) sebelum harga dijangka akan menguji semula paras support 1.14600 yang beberapa kali telah diuji sebelum ini. Sekiranya harga masih mampu meneruskan penurunan melepasi paras tersebut, jangkaan harga akan mencecah ke paras support 1.1447 (MagicS3).

Namun begitu, jika harga kembali menyambung kenaikan yang dibuat pada minggu lalu, harga bakal naik melepasi paras Magic Pivot 1.1567 sebelum menuju ke paras resistance 1.1601 (MagicR1). Kemudiannya, jika harga berjaya breakout paras tersebut, harga bakal membuat Higher High yang baru dan berkemungkinan ke paras resistance 1.1644 (MagicR2) untuk menguji paras tersebut terlebih dahulu. Jika harga masih mampu melonjak ke paras lebih tinggi, paras yang dilihat berpotensi untuk dicapai harga adalah pada resistance 1.1678 (MagicR3).

Kawal posisi dagangan anda menjelang sidang kemuncak Kesatuan Eropah serta data jualan runcit di AS yang akan dikeluarkan malam ini. Dan untuk melengkapkan analisis teknikal anda, gunakan indicator Moshed Magic Line untuk mencari paras-paras terbaik pada trading chart anda khususnya pada chart EUR/USD ini.

 

Paras support: 1.1524, 1.1490, 1.1447.

Paras resistance: 1.1601, 1.1644, 1.1678.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat