Analisis Teknikal EUR/USD – Timeframe H1 – 15/11/2018

290

Tumpuan utama pasaran pada dagangan semalam adalah kepada perkembangan rundingan Brexit. Kesan daripada rundingan tersebut membuatkan pergerakan harga yang tidak menentu (volatile) khususnya kepada matawang EURO dan Sterling namun secara keseluruhannya, rundingan tersebut masih dilihat positif. Jika diteliti pergerakan harga pada chart pasangan matawang EUR/USD untuk dagangan semalam, harga yang membuat penurunan sejak dari sesi pasaran Asia sehingga menyentuh ke paras Magic Pivot kemudiannya telah membuat kenaikan sehingga mencapai paras ketinggian di resistance MagicR1 pada indicator Moshed Magic Line semalam.

Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga yang didagangkan sedikit tinggi dari paras Magic Pivot 1.1306 hari ini dilihat membuat kenaikan sehingga ke paras ketinggian semalam dan menuju ke paras resistance 1.1350 (MagicR1) menjelang pembukaan sesi pasaran Eropah. Jika harga meneruskan kenaikannya lagi, harga dilihat akan menuju ke paras resistance pada paras 1.1391 (MagicR2). Seterusnya, EURO yang masih berjaya didagangkan mengukuh berbanding USD bakal membuat kenaikan ke paras lebih tinggi dan menguji paras tumpuan harga pada chart EUR/USD sekitar paras resistance 1.1435 (MagicR3).

Sebaliknya, jika USD kembali mengukuh dan menekan harga semula, harga akan bergerak turun lebih rendah dari paras Magic Pivot hari ini dan mencari paras support terdekat sekitar 1.1265 (MagicS1). Kemudiannya, penurunan harga seterusnya bakal menguji paras terendah semasa harga iaitu pada support 1.1221 (MagicS2). Dan sekiranya harga berjaya breakout paras tersebut, harga dilihat mampu mencecah penurunan sehingga ke paras 1.1181 (MagicS3).

Terus ikuti perkembangan ekonomi dan politik di zon Eropah serta rundingan Brexit yang mempengaruhi pergerakan harga khususnya pada chart EUR/USD. Jadikan indicator Moshed Magic Line sebagai panduan untuk mencari paras-paras tumpuan harga pada chart EUR/USD anda.

 

Paras support: 1.1265, 1.1221, 1.1181.

Paras resistance: 1.1350, 1.1391, 1.1435.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat