Analisis Teknikal EUR/USD – Timeframe H1 – 16/11/2018

332

Pasaran dikejutkan oleh berita perletakan jawatan Setiausaha Brexit, Dominic Raab pada sesi pasaran Eropah semalam di mana telah memberi impak besar terhadap matawang Sterling dan turut terkesan kepada matawang EURO. Secara teknikal, harga pada chart pasangan matawang EUR/USD cuba untuk membuat kenaikan sejak sesi pasaran Asia semalam namun setelah harga menyentuh paras resistance MagicR1 pada indicator Moshed Magic Line semalam, harga telah membuat penurunan hampir menyentuh paras support MagicS1 dan kemudiannya harga kembali naik semula menguji paras resistance MagicR1 sebelum pasaran New York menutup sesi dagangannya. Perkembangan krisis bajet Itali, kerajaan Itali sedang berusaha untuk bekerjasama dengan Kesatuan Eropah berkenaan belanjawan tersebut bagi mengelakkan tindakan dikenakan di samping memberi manfaat kepada pasaran bon kerajaan Itali dan EURO.

Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga memulakan dagangan berhampiran paras Magic Pivot 1.1318 hari ini dan cuba membuat sedikit kenaikan seawal sesi bermula. Jika harga berjaya meneruskan kenaikan lebih tinggi, harga dilihat akan menuju ke paras resistance 1.1367 (MagicR1) yang berada pada zon SBR (support become resistance). Kemudiannya, harga yang meneruskan kenaikan bakal menuju pula ke paras resistance 1.1411 (MagicR2) sebelum harga naik dan menguji semula paras tumpuan harga sebelum ini di paras 1.14400. Sekiranya harga berjaya melepasi kenaikan pada paras tersebut, paras yang menjadi tumpuan harga seterusnya adalah dilihat berada di paras sekitar 1.1459 (MagicR3).

Namun, jika USD kembali mengukuh pada dagangan penutup minggu ini, jangkaan harga akan kembali membuat penurunan semula melepasi paras Magic Pivot 1.1318 dan mencari paras support terdekat sekitar paras 1.1275 (MagicS1). Kemudiannya, penurunan harga seterusnya bakal menyaksikan harga menguji paras major support pada chart EUR/USD sebelum ini yang masih belum berjaya ditembusi iaitu sekitar paras 1.1226 (MagicS2). Sekiranya harga berjaya breakout paras support tersebut, jangkaan penurunan harga boleh mencecah sehingga ke paras 1.1183 (MagicS3).

Terus ikuti perkembangan ekonomi dan politik di zon Eropah dan juga Brexit yang memberi kesan kepada nilai matawang EURO dan juga pergerakan harga pada chart EUR/USD. Kawal posisi anda sebaik mungkin untuk dagangan penutup minggu ini dan terus jadikan indicator Moshed Magic Line sebagai rujukan tambahan untuk analisis teknikal harian anda.

 

Paras support: 1.1275, 1.1226, 1.1183.

Paras resistance: 1.1367, 1.1411, 1.1459.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat