Analisis Teknikal EUR/USD – Timeframe H1 – 17/8/2018

1,501
  1. Pergerakan matawang EURO pada minggu ini banyak terkesan daripada isu geopolitik di Turki dan EURO didagangkan agak lemah sepanjang minggu.

Terbaru, Menteri Kewangan Turki Berat Albayrak menyatakan bahawa Qatar berjanji untuk membuat pelaburan langsung 15 billion dollar ke dalam pasaran kewangan dan bank-bank Turki, sekaligus dapat mengurangkan kegelisahan terhadap isu geopolitik Turki-Amerika itu.

Sentimen pasaran semasa kembali dilihat positif pada masa ini membuatkan pelabur lebih tertarik terhadap matawang-matawang yang mempunyai pulangan yang tinggi berbanding matawang USD. USD pada masa sekarang dijangka akan didagangkan lemah.

Pergerakan harga bagi pasangan matawang EUR/USD dilihat bergerak perlahan sejak sesi pasaran Asia hari ini namun sentimen pasaran risk-on menampakkan harga membuat kenaikan sehingga paras semasa sekitar 1.14100.

Harga dijangka akan terus melonjak ke paras 1.14800 jika USD terus melemah dan pasaran kekal dalam keadaan risk-on. Namun jika sentimen pasaran bertukar, harga berkemungkinan akan menurun ke paras support semasa sekitar paras 1.1300. Ikuti perkembangan sentimen pasaran semasa bagi memantau pergerakan harga untuk pasangan matawang EUR/USD.

Paras support: 1.13363, 1.12982, 1.12622.
Paras resistance: 1.14104, 1.14464, 1.14845.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat