Analisis Teknikal EUR/USD – Timeframe H1 – 18/12/2018

269

Matawang EURO didagangkan mengukuh berbanding USD pada dagangan Isnin berikutan laporan perdagangan Itali yang lebih baik dari jangkaan pasaran. Namun pelabur tidak melihat data tersebut sebagai faktor utama yang menyokong pengukuhan EURO sebaliknya adalah terkesan daripada faktor kejatuhan nilai matawang dollar USD walaupun pasaran semasa masih dilihat berisiko (risk-off). Penganalisis pasaran berpendapat penurunan pada nilai matawang USD adalah disebabkan kebimbangan pelabur menjelang mesyuarat FOMC pada minggu ini dan berlaku aktivti pengambilan untung pada posisi belian USD sebelum ini. Dilihat semula pada pergerakan harga chart pasangan matawang EUR/USD untuk sesi dagangan Isnin semalam, harga telah membuat kenaikan melepasi paras Magic Pivot sebelum terus melonjak dan mencatatkan paras ketinggan dagangan harian sehingga ke paras support MagicS1 pada indicator Moshed Magic Line.

Pada sesi pasaran Asia pagi ini pula, harga masih dilihat menguji paras ketinggian semalam untuk menuju ke paras resistance pada 1.1370 (MagicR1). Jika harga meneruskan lagi kenaikan ke paras lebih tinggi, harga dijangka akan menguji pula paras ketinggian yang diuji harga pada minggu lalu di sekitar resistance 1.1393 (MagicR2). Seterusnya, kenaikan harga yang diteruskan akan melihatkan lonjakan harga ke paras lebih tinggi sekitar paras 1.1428 (MagicR3) dan menguji zon ketinggian harga pada chart EUR/USD untuk bulan Disember ini.

Namun jika harga kembali membuat penurunan dan bergerak turun lebih rendah dari paras Magic Pivot 1.1335 hari ini, paras awal penurunan harga dijangka akan ke paras support terdekat iaitu pada 1.1312 (MagicS1). Seterusnya, harga yang menyambung penurunan perlu menguji paras support yang berada di sekitar 1.1277 (MagicS2) untuk ke paras lebih rendah. Paras tersebut merupakan paras support semasa yang gagal ditembusi oleh harga pada chart EUR/USD dan jika harga berjaya breakout paras tersebut, harga akan turun lebih rendah dan bakal menuju ke paras support sekitar 1.1254 (MagicS3).

Pasaran dilihat didagangkan berhati-hati menjelang penetapan kadar faedah pada mesyuarat FOMC minggu ini. Kawal dagangan anda dengan melihat paras-paras yang berpengaruh pada chart EUR/USD dengan berpandukan pada indicator Moshed Magic Line dalam analisis teknikal harian anda.

 

Paras support: 1.1312, 1.1277, 1.1254.

Paras resistance: 1.1370, 1.1393, 1.1428

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat