Analisis Teknikal EUR/USD – Timeframe H1 – 19/11/2018

356

Pergerakan harga pada chart EUR/USD pada dagangan Jumaat lalu menunjukkan kenaikan harga setelah EURO berjaya mengukuh berbanding USD pada sesi pasaran New York untuk penutup kepada dagangan minggu lalu. Mengimbas kembali pada dagangan EURO untuk minggu lalu, faktor yang menggerakkan nilai matawang EURO adalah berkisar mengenai krisis belanjawan Itali dan juga isu Brexit. Namun, sebagai matawang berstatus anti-USD, EURO akhirnya berjaya mengukuh berbanding USD pada dagangan penghujung minggu lalu setelah FED meluahkan rasa kebimbangan terhadap prospek pertumbuhan global sekaligus mendorong para pelabur menilai semula tentang kenaikan kadar faedah di Amerika yang akan datang. Dilihat berdasarkan indicator Moshed Magic Line, harga telah melonjak dari paras Magic Pivot sehingga ke paras resistance MagicR2 pada indicator Moshed Magic Line untuk dagangan Jumaat lalu dan menutup harga di sekitar paras 1.14150.

Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga bergerak perlahan seperti kebiasaan dagangan awal minggu dan terlihat berada lebih tinggi dari paras Magic Pivot 1.1386. Jika harga menyambung kembali kenaikan yang dilakukan pada dagangan Jumaat lalu, harga dijangka akan menuju ke paras resistance 1.1451 (MagicR1) untuk menguji zon tumpuan harga semasa pada chart EUR/USD. Jika harga berjaya meneruskan lagi kenaikan melepasi paras tersebut, jangkaan paras seterusnya yang akan dituju harga adalah pada paras 1.1485 (MagicR2) yang merupakan paras resistance yang diuji harga pada dagangan November lalu. Sekiranya harga berjaya breakout paras tersebut, harga bakal memcari paras ketinggian yang baru dan berkemungkinan menuju ke paras resistance 1.1551 (MagicR3) di mana kali terakhir diuji adalah pada Oktober lalu dan juga merupakan paras SBR (support become resistance) pada chart EUR/USD.

Namun, jika pergerakan harga menunjukkan sebaliknya dan harga membuat penurunan melepasi paras Magic Pivot hari ini, harga berkemungkinan lebih cenderung untuk turun menguji paras support terdekat iaitu pada 1.1352 (MagicS1) yang juga merupakan paras RBS (resistance become support) sebelum ini. Harga yang berjaya mengekalkan momentum penurunannya dilihat akan menuju pula ke paras support 1.1287 (MagicS2) yang telah diuji harga pada dagangan Khamis minggu lalu. Dan sekiranya pengukuhan USD berjaya menekan kembali harga pada chart EUR/USD, jangkaan harga boleh mencecah penurunan sehingga ke paras support sekitar 1.1252 (MagicS3).

Lihat data-data ekonomi sepanjang minggu ini yang bakal memberi kesan kepada pergerakan harga pada chart EUR/USD. Ikuti perkembangan ekonomi di Amerika Syarikat dan juga di zon Eropah untuk membantu anda melihat arah kecenderungan pergerakan harga untuk dagangan minggu ini. Gunakan indicator Moshed Magic Line pada chart EUR/USD anda untuk memudahkan lagi analisis teknikal harian anda.

 

Paras support: 1.1352, 1.1287, 1.1252.

Paras resistance: 1.1451, 1.1485, 1.1551.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat