Analisis Teknikal EUR/USD – Timeframe H1 – 19/12/2018

245

Perkembangan isu bajet Itali menunjukkan isyarat yang positif setelah Timbalan Perdana Menteri Itali, Matteo Salvini berkata pada Selasa, beliau sangat berpuas hati dengan hasil rundingan belanjawan dan percaya pelan belanjawan tersebut bakal membantu jutaan rakyat Itali pada tahun 2019. Sementara matawang USD terus didagangkan merosot semalam berikutan keresahan pelabur terhadap pengumuman kadar faedah oleh FED pada mesyuarat FOMC kali ini yang semakin hampir. Oleh itu dapat dilihat pergerakan harga pada chart pasangan matawang EUR/USD pada dagangan semalam menunjukkan kenaikan harga dengan EURO mengambil kesempatan ke atas kelemahan USD. Harga yang menurun pada sesi dagangan Asia hampir ke paras Magic Pivot semalam kemudian membuat lonjakan sehingga mencapai paras ketinggian di sekitar paras resistance MagicR2 pada indicator Moshed Magic Line. Namun, harga kemudian kembali ditekan semula lebih rendah dari paras resistance MagicR1 dan menutup dagangan sesi New York sekitar paras RBS (resistance become support) pada 1.13550.

Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga menunjukkan pergerakan menaik dan telah melepasi paras Magic Pivot 1.1367 sejak awal sesi bermula lagi. Harga dilihat membuat kenaikan menuju ke paras resistance pada 1.1397 (MagicR1) untuk harga menguji paras ketinggian lonjakan pada dagangan semalam. Jika harga berjaya melonjak lebih tinggi dari paras tersebut, jangkaan lonjakan harga seterusnya akan menguji paras resistance di paras 1.1433 (MagicR2) di mana paras tersebut telah diuji beberapa kali sebelum ini namun gagal ditembusi. Jika harga berjaya melepasi paras tersebut, harga berkemungkinan meneruskan kenaikan ke paras sekitar 1.1463 (MagicR3).

Namun, jika menunjukkan penurunan lebih rendah dari paras Magic Pivot 1.1367 hari ini, harga dijangka akan turun ke paras support terdekat sekitar 1.1330 (MagicS1) sebelum penurunan seterusnya berkemungkinan menuju ke paras tumpuan harga pada 1.1301 (MagicS2). Sekiranya harga dilihat turun lebih rendah melepasi paras tersebut, paras support pada 1.1264 (MagicS3) dilihat bakal menjadi destinasi tumpuan harga seterusnya.

Terus ikuti perkembangan ekonomi dan politik di zon Eropah yang mempengaruhi nilai matawang EURO dalam pasaran semasa. Kawal dagangan anda menjelang mesyuarat FOMC pada awal pagi Khamis dan dijangka pasaran akan mengalami impak besar terhadap pergerakan harganya. Lihat paras-paras yang berpengaruh pada chart EUR/USD dengan berpandukan paras yang telah digariskan pada indicator Moshed Magic Line.

 

Paras support: 1.1330, 1.1301, 1.1264.

Paras resistance: 1.1397, 1.1433, 1.1463.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat