Analisis Teknikal EUR/USD – Timeframe H1 – 19/9/2018

471

Pergerakan harga bagi pasangan matawang EUR/USD pada dagangan semalam melihatkan harga telah beberapa kali menguji paras major resistance 1.17200 yang juga dapat dilihat di situ terdapat paras resistance MagicR1 pada indicator Moshed Magic Line. Harga gagal menembusi paras tersebut sebelum membuat kejatuhan sehingga ke paras Magic Pivot semalam. Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga sedikit menurun dari paras Magic Pivot 1.1681 dan hampir menuju ke paras RBS (resistance become support) pada 1.16500. Harga dilihat kembali bergerak di sekitar paras Magic Pivot semula dan harga semasa berada pada paras 1.16850 setakat jam 3.13 petang.

Harga sepertinya ingin membuat kenaikan ke paras zon resistance 1.1700-1.1720 di mana pada zon tersebut juga merupakan paras resistance 1.1710 (MagicR1) yang bakal diuji harga. Jika harga berjaya menembusi (breakout) zon resistance tersebut, dijangka harga akan menuju ke paras resistance 1.1754 (MagicR2) dimana harga bakal membuat Higher High yang baru. Paras resistance seterusnya yang dijangka akan dicapai jika harga masih membuat kenaikan adalah pada paras resistance 1.1782 (MagicR3).

Namun, jika USD kembali mendominasi pasaran semula, harga bakal membuat penurunan dan paras RBS (resistance become support) di 1.16500 bakal diuji semula. Jika harga berjaya breakout paras tersebut, jangkaan harga akan melepasi paras support 1.1637 (MagicS1) dan seterusnya menuju ke paras support 1.1609 (MagicS2). Kemudiannya, paras resistance 1.1565 (MagicS3) dilihat sebagai destinasi seterusnya jika harga terus membuat kejatuhan dan pasaran akan melihat reaksi harga pada paras major support pada 1.15300 yang gagal ditembusi harga beberapa kali sebelum ini.

Pasaran masih tertumpu terhadap isu perang dagang di mana China dilaporkan akan bertindak balas terhadap serangan tarif tambahan yang diumumkan Presiden Trump semalam. Ikuti perkembangan isu perang dagang tersebut dan kawal posisi trading anda sebaik mungkin. Gunakan indicator Moshed Magic Line untuk membantu anda dalam trading harian.

 

Paras support: 1.1637, 1.1609, 1.1565.

Paras resistance: 1.1710, 1.1754, 1.1782.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat