Analisis Teknikal EUR/USD – Timeframe H1 – 26/11/2018

415

Pergerakan harga pada chart EUR/USD pada Jumaat untuk penutup dagangan minggu lalu menunjukkan harga membuat penurunan setelah dollar USD kembali mengukuh berikutan pasaran saham yang merosot dan keadaan sentimen dalam pasaran yang kembali berisiko membuatkan matawang safe-haven terutamanya USD mendapat permintaan tinggi. Sementara matawang EURO pula masih menunggu perkembangan dan keputusan isu Brexit di samping tumpuan pelabur masih terarah kepada krisis belanjawan Itali yang berlarutan. Tumpuan data ekonomi di zon Eropah pada minggu ini adalah kepada data tinjauan perniagaan di Jerman yang akan dikeluarkan pada jam 5 petang ini dan pada dagangan Jumaat pula, fokus adalah kepada data inflasi. Mengimbas kembali pada dagangan Jumaat pada chart EUR/USD, harga yang bergerak perlahan pada permulaan sesi Asia kemudiannya membuat penurunan pada sesi dagangan Eropah sehingga melepasi paras support MagicS2 dan menutup dagangan sesi New York lebih rendah sekitar paras 1.13300.

Permulaan dagangan minggu ini pada sesi pasaran Asia, harga bergerak perlahan sepertimana kebiasaan dagangan sebelum ini dengan kecairan yang rendah dalam pasaran. Harga dilihat bergerak lebih rendah dari paras Magic Pivot 1.1361 hari ini dan jika harga menyambung penurunan pada dagangan Jumaat lalu, harga dijangka akan menuju ke paras support 1.1301 (MagicS1) yang menjadi paras tumpuan harga pada chart EUR/USD. Jika harga masih meneruskan penurunan, jangkaan destinasi yang dituju harga seterusnya adalah pada support 1.1267 (MagicS2). Dan sekiranya penurunan harga masih berlaku, harga berkemungkinan akan mencari paras terendah yang baru pada bulan ini iaitu pada support 1.1207 (MagicS3) mengatasi paras terendah semasa pada chart EUR/USD sebelum ini.

Namun, jika matawang EURO berjaya mengukuh pada dagangan hari ini berbanding USD, harga berkemungkinan membuat kenaikan melepasi paras Magic Pivot 1.1361 dan menuju ke paras resistance terdekat iaitu pada 1.1395 (MagicR1). Kemudiannya, kenaikan harga yang diteruskan akan menyaksikan harga menguji paras ketinggian harga pada minggu lalu sekitar paras resistance 1.1455 (MagicR2). Sedikit lagi kenaikan yang berjaya dibuat akan menguji pula paras ketinggian harga pada chart EUR/USD yang dicatatkan pada awal bulan ini sekitar paras 1.1488 (MagicR3).

Terus beri tumpuan pada perkembangan ekonomi dan politik di zon Eropah dan juga data-data penting yang akan dikeluarkan pada minggu ini. Sentimen dalam pasaran semasa turut memainkan peranan dalam memberi kesan kepada pergerakan harga pada chart EUR/USD. Lihat paras-paras harga yang berpengaruh pada chart EUR/USD dengan menggunakan indicator Moshed Magic Line bagi mendapatkan analisis teknikal harian yang bermutu.

 

Paras support: 1.1301, 1.1267, 1.1207.

Paras resistance: 1.1395, 1.1455, 1.1488.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat