Analisis Teknikal EUR/USD – Timeframe H1 – 27/11/2018

266

Matawang USD kembali didagangkan mengukuh pada sesi pasaran New York semalam setelah ketengangan perang dagang di antara Amerika Syarikat dan China kembali memuncak dan menjadi tumpuan dalam pasaran. Dengan sentimen pasaran yang kembali berisiko, dollar USD antara yang berstatus matawang safe-haven akan mendapat permintaan tinggi daripada para pelabur. Sementara itu, perkembangan krisis bajet Itali dilihat menunjukkan tanda yang positif di mana Itali dilaporkan akan mengurangkan sasaran defisit belanjawan mereka bagi meredakan ketegangan bersama Kesatuan Eropah (EU), namun Timbalan Perdana Menteri Itali, Salvini tidak memberi jaminan pengurangan defisit itu akan ke paras 2% seperti yang ditetapkan oleh EU. Presiden Draghi meyedari akan pertumbuhan yang perlahan pada ekonomi di zon Eropah dan pelabur berkemungkinan menjangkakan bank pusat tidak akan mengetatkan dasar monetari dalam masa yang terdekat ini. Dilihat pergerakan harga pada chart pasangan matawang EUR/USD untuk sesi dagangan semalam menunjukkan kenaikan harga pada sesi pasaran Asia melepasi paras Magic Pivot, namun sentimen pasaran yang kemudiannya lebih memihak kepada USD melihatkan harga membuat penurunan lebih rendah semula dari paras Magic Pivot tersebut sehingga ke dagangan pasaran New York ditutup.

Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga dilihat bergerak perlahan dan berada lebih rendah dari paras Magic Pivot 1.1345 hari ini. Jika harga gagal membuat kenaikan lebih tinggi, jangkaan harga akan meneruskan penurunan menuju ke paras support pada 1.1306 (MagicS1) yang merupakan paras tumpuan harga pada chart EUR/USD. Harga yang berjaya mengekalkan momentum penurunannya dilihat akan menuju ke paras support 1.1285 (MagicS2) sebelum penurunan yang diteruskan boleh mencecah sehingga ke paras sekitar 1.1247 (MagicS3).

Namun, jika harga bergerak membuat kenaikan melepasi paras Magic Pivot 1.1345 berkemungkinan paras awal yang dituju harga adalah ke paras resistance terdekat iaitu pada 1.1366 (MagicR1). Kemudiannya, kenaikan harga seterusnya dijangka akan ke paras 1.1405 (MagicR2) untuk mencari paras ketinggian semasa yang baru. Dan sedikit lagi kenaikan akan melihatkan harga menguji zon ketinggian harga sebelum ini pada minggu lalu sekitar paras resistance 1.1426 (MagicR3).

Terus ikuti perkembangan ekonomi dan politik di zon Eropah yang semakin rancak dan menjadi perhatian para pelabur seluruh dunia. Tidak lupa juga kepada isu perang dagang AS-China yang kembali menghangatkan pasaran semasa. Kawal dagangan anda sebaik mungkin dengan menggunakan indicator Moshed Magic Line untuk melengkapkan analisis teknikal anda.

 

Paras support: 1.1306, 1.1285, 1.1247.

Paras resistance: 1.1366, 1.1405, 1.1426.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat