Analisis Teknikal EUR/USD – Timeframe H1 – 28/1/2019

319

Matawang EURO pada minggu lalu didagangkan bercampur-campur berikutan sentimen yang berisiko pada ekonomi di zon Eropah. Data indeks PMI pada zon Eropah secara keseluruhannya adalah lemah. Seterusnya, bank pusat Eropah seperti yang dijangkakan telah mengekalkan kadar faedah di paras 0.00% seperti sebelum ini. Pergerakan harga pada chart pasangan matawang EUR/USD pada dagangan minggu lalu melihatkan harga telah mencatatkan paras terendah yang terbaru ketika penurunan harga pada dagangan Khamis, namun harga kembali membuat kenaikan dan mengatasi paras ketinggian dagangan sepanjang minggu pada penghujung dagangan Jumaat. Matawang USD pula kekal didagangkan berisiko tambahan lagi menjelang penetapan kadar faedah pada mesyuarat FOMC Khamis ini sementara pada Jumaat pula, laporan pekerjaan NFP untuk bacaan bulan Januari bakal dikeluarkan. Kenaikan harga pada Jumaat lalu dari bawah paras Magic Pivot kemudiannya telah melepasi paras tersebut sehingga mengatasi kenaikan pada resistance MagicR1 pada indicator Moshed Magic Line sebelum hampir menuju ke paras resistance MagicR2.

Pada sesi pasaran Asia permulaan minggu ini, harga yang masih bergerak agak perlahan dilihat cuba untuk meneruskan kenaikan dan menuju ke paras resistance pada paras 1.1450 (MagicR1). Harga yang berjaya bergerak ke paras lebih tinggi dari resistance tersebut bakal menguji zon SBR (support become resistance) pada chart EUR/USD sekitar paras 1.14800 sebelum mencapai paras ketinggian pada resistance 1.1494 (MagicR2). Jika momentum kenaikan tersebut berjaya dikekalkan, harga berpotensi untuk mencapai paras ketinggian sehingga ke paras resistance 1.1570 (MagicR3) untuk harga kembali menguji paras ketinggian yang dicapai pada dagangan awal Januari.

Namun, jika harga menunjukkan penurunan pada dagangan hari ini, harga berkemungkinan akan bergerak lebih rendah dari paras Magic Pivot 1.1375 hari ini sebelum turun lebih rendah ke sekitar paras support pada 1.1331 (MagicS1). Seterusnya, pasaran berkemungkinan akan melihat harga turun mencatatkan paras terendah yang baru sehingga ke paras sekitar 1.1255 (MagicS2) sekaligus mengatasi paras terendah yang dicatatkan pada dagangan minggu lalu. Dan sekiranya harga masih kekal meneruskan penurunannya, harga boleh mencecah sehingga ke paras serendah 1.1211 (MagicS3).

Terus pantau perkembangan pada zon Eropah dengan memberi perhatian pada data-data ekonomi yang akan dikeluarkan sepanjang minggu ini. Tidak lupa juga untuk anda mengawal dagangan minggu ini menjelang mesyuarat FOMC dan juga laporan pekerjaan NFP Amerika Syarikat. Lihat paras-paras tumpuan pada chart EUR/USD dengan berpandukan pada indicator Moshed Magic Line untuk memudahkan lagi analisis teknikal harian anda.

 

Paras support: 1.1331, 1.1255, 1.1211.

Paras resistance: 1.1450, 1.1494, 1.1570.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat