Analisis Teknikal EUR/USD – Timeframe H1 – 28/11/2018

347

Matawang dollar USD terus didagangkan mengukuh pada dagangan semalam selepas Timbalan Pengerusi Federal Reserve optimis terhadap kenaikan kadar faedah yang seterusnya. Namun, Presiden Donald Trump dilaporkan tidak menggemari tindakan FED untuk menaikkan kadar faedah dengan alasan tindakan tersebut akan memberi kesan buruk kepada ekonomi Amerika Syarikat. Perkembangan krisis belanjawan Itali di zon Eropah pula, Timbalan Perdana Menteri Itali, Matteo Salvini menyatakan bahawa Itali akan melakukan yang terbaik untuk mengelakkan tindakan tatatertib oleh Kesatuan Eropah. Fokus hari ini akan tertumpu kepada data tinjauan pengguna di Jerman pada petang ini yang dijangka mencatatkan angka menurun. Jika diteliti pergerakan harga pada chart pasangan matawang EUR/USD pada dagangan semalam, harga menunjukkan penurunan selepas naik menyentuh paras Magic Pivot sehingga turun melepasi paras support MagicS1 dan support MagicS2 pada indicator Moshed Magic Line.

Pada sesi pasaran Asia pagi ini, harga masih bergerak agak perlahan di bawah paras Magic Pivot 1.1302 hari ini. Jika pengukuhan USD terus menekan harga ke paras lebih rendah, harga akan menyambung penurunan semalam menuju ke paras support 1.1260 (MagicS1). Kemudiannya, penurunan harga akan menuju pula ke paras support 1.1235 (MagicS2) dan menguji zon yang diuji harga sebelum ini pada chart EUR/USD dan sekiranya harga berjaya breakout paras tersebut, penurunan harga yang diteruskan bakal mencatatkan paras terendah yang baru berkemungkinan di sekitar support 1.1193 (MagicS3).

Namun, jika pergerakan harga menunjukkan kenaikan melepasi paras Magic Pivot 1.1302, harga berkemungkinan akan kembali meneruskan kenaikan semula dan paras awal dilihat akan dituju harga adalah ke paras resistance 1.1327 (MagicR1). Kenaikan harga seterusnya dijangka akan menguji pula paras ketinggian harga pada dagangan Isnin di sekitar 1.1369 (MagicR2). Dan sekiranya harga berjaya mengatasi paras ketinggian tersebut, harga bakal mencari paras ketinggian baru berkemungkinan menuju ke paras sekitar 1.1395 (MagicR3).

Terus ikuti perkembangan ekonomi di zon Eropah dan Amerika Syarikat dengan memberi tumpuan pada data-data ekonomi yang dikeluarkan. Tidak lupa juga perkembangan isu global seperti perang dagang dan krisis bajet Itali. Lihat paras tumpuan harga pada chart EUR/USD dengan meneliti paras yang disediakan pada indicator Moshed Magic Line.

 

Paras support: 1.1206, 1.1235, 1.1193.

Paras resistance: 1.1327, 1.1369, 1.1395.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat