Analisis Teknikal EUR/USD – Timeframe H1 – 30/10/2018

425

Pergerakan harga pada chart pasangan matawang EUR/USD pada dagangan Isnin semalam tidak menunjukkan pergerakan yang besar di mana harga bergerak antara julat harga sekitar 1.13600-1.14100. Tiada berita-berita ekonomi utama yang mempengaruhi matawang EURO semalam sementara sentimen pasaran yang berubah dari satu sesi ke satu sesi melihatkan perubahan nilai matawang USD dan menggerakkan harga pada chart EUR/USD. Pasaran kembali dilihat berisiko pada sesi pasaran New York selepas laporan mengatakan bahawa AS bersedia untuk mengenakan tarif terhadap China untuk pusingan seterusnya jika rundingan antara Trump dan Xi Jinping gagal mencapai persetujuan. Harga kelihatan hanya bergerak turun naik di sekitar paras Magic Pivot pada indicator Moshed Magic Line semalam.

Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga yang bergerak perlahan pada awal sesi telah menuju ke paras Magic Pivot 1.1382 dan menguji paras tersebut untuk seketika. Jika harga gagal membuat kenaikan lebih tinggi, ditambah dengan USD yang masih kukuh dalam pasaran bakal melihatkan harga membuat penurunan semula dan paras awal yang dilihat akan dituju harga adalah paras support terdekat iaitu 1.1348 (MagicS1). Seterusnya, harga yang terus turun lebih rendah akan menguji pula paras support 1.1326 (MagicS2) untuk harga cuba mengatasi paras terendah harga pada Jumaat lalu. Dan jika harga berjaya meneruskan momentum penurunannya, harga bakal mencari paras lower low yang baru dan berkemungkinan menuju ke paras support 1.1293 (MagicS3).

Namun, jika EURO berjaya mengukuh berbanding USD semula dan mampu melonjakkan semula harga, jangkaan harga akan membuat kenaikan menuju ke paras resistance 1.1404 (MagicR1) sebelum harga meneruskan kenaikan untuk menguji paras resistance pada 1.1438 (MagicR2) yang berada pada zon SBR (support become resistance). Sekiranya harga berjaya breakout paras tersebut, harga berpotensi untuk mencapai paras ketinggian baru di paras 1.1460 (MagicR3).

Pasaran akan tertumpu pada data GDP(KDNK) zon Eropah pada jam 6 petang ini dan teliti data tersebut sekiranya anda memberi fokus terhadap pergerakan harga pada chart EUR/USD. Rancang strategi dagangan anda dengan baik dan gunakan indicator Moshed Magic Line untuk mendapatkan paras yang terbaik untuk setiap posisi dagangan.

 

Paras support: 1.1348, 1.1326, 1.1293.

Paras resistance: 1.1404, 1.1438, 1.1460.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat