Analisis Teknikal EUR/USD – Timeframe H1 – 31/12/2018

266

Matawang dollar USD didagangkan lemah pada dagangan Isnin penghujung tahun berikutan sentimen pasaran masih dilihat berisiko ekoran kebimbangan terhadap pertumbuhan global yang bergerak perlahan serta isu penutupan separa kerajaan Amerika Syarikat. Perkembangan di zon Eropah pula, Dewan Parlimen Itali telah meluluskan bajet yang dikemaskini untuk tahun 2019 pada undian saat akhir sebelum tarikh tamat tempoh pada hari ini, 31 Disember bagi mengelakkan tindakan dikenakan oleh Kesatuan Eropah. Jangkaan defisit bajet berkurangan daripada 2.4% sebelum ini kepada 2.04%. Tumpuan pada minggu ini di zon Eropah adalah terhadap data sektor perkilangan pada Rabu ini dan juga data sektor perkhidmatan yang akan dikeluarkan pada Jumaat. Diimbas kembali pergerakan harga pada chart pasangan matawang EUR/USD pada dagangan Jumaat lalu, harga bergerak di sekitar bawah paras resistance MagicR1 pada indicator Moshed Magic Line dan paras tumpuan 1.14400.

Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga yang memulakan dagangan di sekitar paras Magic Pivot 1.1446 hari ini dilihat membuat penurunan pada awal sesi. Jika harga terus bergerak lebih rendah, jangkaan harga akan turun ke sekitar paras support 1.1419 (MagicS1). Penurunan seterusnya dijangka akan menuju ke paras 1.1398 (MagicR2) sebelum meneruskan penurunan sehingga ke paras support sekitar 1.1371 (MagicS3) yang berada lebih rendah.

Namun, jika harga kembali membuat kenaikan melepasi paras Magic Pivot hari ini, berkemungkinan harga akan menguji paras ketinggian pada dagangan Jumaat lalu sekitar resistance 1.1468 (MagicR1). Seterusnya, jika harga berjaya melepasi ketinggian paras tersebut, harga bakal mencatatkan paras ketinggian yang baru dan dijangka menuju ke sekitar resistance pada 1.1495 (MagicR2). Sedikit lagi kenaikan ke paras lebih tinggi bakal menyentuh paras resistance 1.1516 (MagicR3) untuk harga mengatasi ketinggian harga yang dicapai pada dagangan November lalu.

Kawal dagangan minggu ini menjelang laporan data pekerjaan di Amerika Syarikat dan juga Kanada yang bakal memberi impak besar pada pergerakan harga pada Jumaat ini. Gunakan indicator Moshed Magic Line untuk melihat paras-paras yang menjadi tumpuan harga khususnya pada chart EUR/USD.

 

Paras support: 1.1419, 1.1398, 1.1371.

Paras resistance: 1.1468, 1.1495, 1.1516.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat