Analisis Teknikal EUR/USD – Timeframe H1 – 4/1/2019

260

Matawang EURO kembali menunjukkan kenaikan berbanding matawang dollar USD yang didagangkan berisiko dalam pasaran semasa. Dapat dilihat pergerakan harga pada chart pasangan matawang EUR/USD untuk sesi dagangan semalam kembali membuat kenaikan dari paras terendah 1.13100 menuju ke paras Magic Pivot pada indicator Moshed Magic Line semalam pada sesi pasaran Eropah namun kembali membuat sedikit penurunan. Kemudian harga kembali melonjak pada dagangan New York dan melepasi paras Magic Pivot sebelum menutup dagangan di paras sekitarnya.

Pada sesi pasaran Asia pagi ini pula, harga dilihat bergerak perlahan di sekitar paras 1.14000 lebih tinggi dari paras Magic Pivot 1.1369 hari ini. Jika harga membuat kenaikan lebih tinggi, paras awal yang dilihat akan dituju harga adalah pada resistance 1.1430 (MagicR1). Seterusnya, harga yang meneruskan kenaikan akan menguji zon ketinggian pada chart EUR/USD sekitar paras resistance 1.1472 (MagicR2) sebelum harga cuba melonjak lebih tinggi untuk mencatat paras ketinggian semasa yang baru berkemungkinan ke paras sekitar 1.1533 (MagicR3).

Namun, jika harga kembali membuat penurunan dan bergerak rendah dari paras Magic Pivot 1.1369 hari ini, harga bakal turun ke paras support 1.1328 (MagicS1) dan menguji paras terendah dagangan semalam. Penurunan seterusnya harga akan menguji pula zon support pada dagangan Disember yang gagal ditembusi harga iaitu di sekitar paras 1.1266 (MagicS2) dan sekiranya harga berjaya breakout paras tersebut, harga boleh mencecah penurunan hingga ke paras sekitar support pada 1.1225 (MagicS3) sekaligus mencatatkan paras terendah yang baru pada chart EUR/USD.

Kawal dagangan anda menjelang laporan data pekerjaan NFP di Amerika Syarikat pada jam 9.30 malam ini. Lihat paras-paras tumpuan harga pada chart EUR/USD berpandukan indicator Moshed Magic Line untuk membantu memudahkan analisis teknikal harian anda.

 

Paras support: 1.1328, 1.1266, 1.1225.

Paras resistance: 1.1430, 1.1472, 1.1533.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat