Analisis Teknikal EUR/USD – Timeframe H1 – 5/10/2018

503

Pergerakan harga bagi pasangan matawang EUR/USD pada dagangan semalam melihatkan harga membuat sedikit kenaikan pada awal sesi pasaran Eropah selepas pergerakan harga agak mendatar pada sesi pasaran Asia sebelumnya. Harga membuat kenaikan dari paras terendah dicapai semalam sekitar 1.1462 sehingga melepasi paras Magic Pivot pada indicator Moshed Magic Line dan gagal untuk menembusi (breakout) paras 1.15300 sebelum harga kembali membuat sedikit penurunan semula dan mula bergerak perlahan.

Pada sesi pasaran Asia hari ini dibuka, harga dilihat masih bergerak perlahan dan sedikit menurun dan bergerak di sekitar paras Magic Pivot 1.1506 setakat jam 2.25 petang. Jika data pekerjaan dan gaji di AS yang dikeluarkan pada malam ini positif dan menyokong nilai matawang USD, jangkaan harga akan terus membuat penurunan menuju ke paras support 1.1469 (MagicS1) terlebih dahulu dan kemudian ke paras support seterusnya yang berada di paras 1.1426 (MagicS2). Pergerakan harga volatile yang dijangka oleh pasaran pada malam ini memungkinkan harga turun sehingga ke paras support 1.1389 (MagicS3) atau lebih rendah lagi.

Namun, jika data NFP mencatatkan bacaan meleset dari jangkaan pasaran, berkemungkinan harga akan melonjak kembali ke paras lebih tinggi ekoran nilai USD yang turut melemah. Harga dijangka akan breakout paras resistance 1.1549 (MagicR1) dan seterusnya naik lebih tinggi ke paras resistance 1.1585 (MagicR2). Jika harga masih meneruskan kenaikan, paras resistance seterusnya yang berpotensi untuk dicapai harga dilihat berada di paras 1.1629 (MagicR3).

Hanya tinggal beberapa jam sahaja lagi menjelang data NFP yang akan dikeluarkan malam ini di mana pasaran menjangkakan pergerakan besar bakal berlaku dalam pasaran. Lihat indicator Moshed Magic Line bagi membantu anda mencari paras-paras yang menjadi tumpuan harga pada chart EUR/USD ini.

 

Paras support: 1.1469, 1.1426, 1.1389.

Paras resistance: 1.1549, 1.1585, 1.1629.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat