Analisis Teknikal EUR/USD – Timeframe H1 – 5/9/2018

820

Matawang USD mendominasi pasaran sejak semalam dan dilihat menguat berbanding majoriti matawang utama yang lain. Pasaran ingin melihat perkembangan rundingan NAFTA antara Amerika dan Kanada yang akan bersambung hari ini di mana rundingan tersebut masih belum mendapat persetujuan pada Jumaat lalu. USD dilihat optimis dengan sektor perkilangan yang sedang berjalan dengan baik dengan aktiviti berkembang pada kadar paling pantas dalam 14 tahun. Pasaran pada minggu ini juga tertumpu pada laporan pekerjaan di US Jumaat ini dimana pasaran menjangkakan data yang positif dan pengukuhan nilai matawang USD.

Sementara itu, matawang EURO masih didagangkan lemah ekoran dibayangi oleh isu Brexit serta krisis kewangan di Itali. Terbaru, Presiden Donald Trump yang mengkritik dasar perdagangan EU yang hampir sama buruknya dengan China telah menekankan lagi matawang EURO. Tambahan lagi, laporan jualan runcit untuk zon Eropah hari ini dijangka menurun ekoran data yang dicatatkan di Jerman dan Perancis yang menurun, bakal menambahkan lagi tekanan terhadap EURO.

Secara teknikal, pergerakan harga bagi pasangan matawang EUR/USD dilihat sedang dalam fasa menurun setelah harga membuat kenaikan pada minggu lalu sehingga mencapai paras resistance di sekitar 1.17300 sebelum mula membuat penurunan. Nilai matawang USD yang mula mengukuh menekankan lagi harga lebih rendah di samping faktor EURO yang turut melemah.

Semalam, harga masih dilihat membuat penurunan dari paras SBR (support become resistance) di 1.16000 sehingga paras support semalam di 1.15300. Harga kemudian membuat kenaikan semula pada sesi pasaran New York dan kembali ke paras SBR 1.16000 pada sesi pasaran Asia hari ini. Namun, harga kembali ditekan rendah setelah pasaran London dibuka hari ini atas faktor USD yang terus mengukuh dan harga semasa bergerak di sekitar paras 1.15650 setakat jam 4.30 petang. Harga dijangka akan menguji paras support semalam di paras 1.15300 dan jika harga berjaya menembusinya (breakout), harga dijangka akan menuju ke paras support 1.14880 dan seterusnya ke support 1.14450. Sebaliknya, jika harga membuat kenaikan dan menembusi (breakout) paras resistance 1.16000, harga dipercayai akan menuju ke paras resistance 1.16660 dan seterusnya di major resistance 1.17100. Dinasihatkan supaya kawal posisi dagangan untuk minggu ini berikutan berita-berita besar yang bakal mempengaruhi pergerakan besar dalam pasaran.

 

Paras support: 1.15343, 1.14883, 1.14455.

Paras resistance: 1.16231, 1.16659, 1.17119.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat