Analisis Teknikal EUR/USD – Timeframe H1 – 6/12/2018

276

Pergerakan harga pada chart pasangan matawang EUR/USD untuk sesi dagangan Rabu dilihat agak sederhana dengan kedua-dua matawang USD dan EURO didagangkan lemah dan tidak menunjukkan pengukuhan yang ketara. Harga pada dagangan semalam yang dilihat bergerak menurun pada sesi pasaran Asia kemudiannya membuat kenaikan menguji paras Magic Pivot pada indicator Moshed Magic Line dalam sesi dagangan Eropah namun gagal melepasi paras tersebut dan kembali membuat penurunan pada sesi pasaran New York. Pergerakan harga dijangka bergerak perlahan sementara menunggu laporan data pekerjaan NFP di Amerika Syarikat pada malam esok.

Pada sesi pasaran Asia pagi ini, harga bergerak perlahan di atas paras Magic Pivot 1.1338 dan turun sedikit menguji paras tersebut pada lewat sesi sebelum dagangan Asia berakhir. Jika harga gagal turun ke paras lebih rendah, jangkaan harga akan membuat kenaikan menuju ke paras support terdekat pada 1.1366 (MagicR1). Kemudian, harga berkemungkinan menyambung kenaikan menuju pula ke paras resistance 1.1389 (MagicR2) dan lonjakan seterusnya bakal menyaksikan harga menguji paras ketinggian pada dagangan Selasa lalu di sekitar resistance 1.1417 (MagicR3).

Namun jika harga berjaya membuat penurunan lebih rendah dari paras Magic Pivot 1.1338, harga dilihat akan turun menuju ke paras support 1.1315 (MagicS1) sebagai paras awal penurunannya. Seterusnya harga dijangka akan meneruskan lagi penurunan ke paras support yang lebih rendah di sekitar paras tumpuan harga 1.1287 (MagicS2) dan menguji paras terendah yang dicecah harga sebelum ini pada dagangan penghujung November lalu di sekitar support 1.1264 (MagicS3).

Terus ikuti perkembangan di zon Eropah dan dinasihatkan supaya anda lebih berwaspada menjelang laporan data pekerjaan NFP pada esok hari. Kawal risiko dalam dagangan harian anda dengan menggunakan indicator Moshed Magic Line untuk membantu anda dalam analisis teknikal pada chart EUR/USD khususnya.

 

Paras support: 1.1315, 1.1287, 1.1264.

Paras resistance: 1.1366, 1.1389, 1.1417.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat