Analisis Teknikal EUR/USD – Timeframe H1 – 7/11/2018

348

Pergerakan harga pada chart pasangan matawang EUR/USD menunjukkan pergerakan yang mendatar pada dagangan Selasa dengan tumpuan pasaran lebih terarah kepada pilihanraya kongres yang diadakan di Amerika Syarikat pada hari ini. Dalam perkembangan piliharanraya sejak awal pagi ini, Parti Demokrasi yang dijangka akan memenangi pilihanraya menyumbang kepada faktor kejatuhan nilai USD di mana harga dilihat telah membuat kenaikan dari paras Magic Pivot 1.1418 hari ini sehingga melepasi paras resistance 1.1444 (MagicR1) seterusnya menguji paras resistance 1.1464 (MagicR2) yang berada lebih tinggi. Namun, keputusan semasa pilihanraya yang menunjukkan Parti Republik lebih mendahului mengejutkan semua pihak justeru membuatkan nilai matawang USD kembali mengukuh semula di mana harga telah kembali menjunam lebih rendah dari paras Magic Pivot sehingga menguji paras support pada 1.1398 (MagicS2).

Namun begitu, harga pada chart EUR/USD kembali melonjak ke paras resistance MagicR2 semula setelah USD kembali melemah dengan keputusan terkini pilihanraya menunjukkan Parti Demokrasi telah memenangi Dewan dengan majoriti. Jika USD terus didagangkan lemah, jangkaan harga akan meneruskan kenaikan mencari paras ketinggian yang baru menuju ke resistance pada 1.1491 (MagicR3).

Sebaliknya, jika harga kembali membuat penurunan semula dan bergerak melepasi paras support MagicS1, harga berkemungkinan untuk turun ke paras support pada 1.1371 (MagicS2). Seterusnya, pengukuhan semula matawang USD bakal melihatkan harga terus membuat penurunan dan menguji paras terendah harga pada dagangan Isnin lalu sekitar paras 1.1351 (MagicS3) yang juga merupakan paras support pada indicator Moshed Magic Line.

Pelabur akan menilai keputusan pilihanraya di Amerika Syarikat ini secara keseluruhannya bagi memberi gambaran kepada implikasi terhadap ekonomi dan agenda politik di negara tersebut pada masa akan datang. Sementara perkembangan lain di Eropah, Kesatuan Eropah (EU) dilaporkan memberi amaran akan tindakan sekatan terhadap Itali jika kerajaan Itali enggan mengemaskini belanjawan terbaru mereka. Terus ikuti perkembangan di Amerika dan zon Eropah bagi memantau pergerakan harga pada chart EUR/USD ini serta gunakan indicator Moshed Magic Line untuk menentukan paras terbaik bagi posisi dagangan anda.

 

Paras support: 1.1398, 1.1371, 1.1351.

Paras resistance: 1.1444, 1.1464, 1.1491.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat