Analisis Teknikal EUR/USD – Timeframe H1 – 8/1/2019

341

Matawang dollar USD pada hari ini masih didagangkan lemah barbanding matawang utama yang lain. Kesempatan ini turut dimanfaatkan oleh matawang EURO yang berjaya mengukuhkan nilainya disokong oleh data jualan runcit di zon Eropah yang menunjukkan peningkatan pada angka bacaan. Pergerakan harga pada chart pasangan matawang EUR/USD menunjukkan konsistensi kenaikan harga untuk sesi dagangan semalam sehingga ke paras resistance 1.14800 dan berdasarkan indicator Moshed Magic Line, harga telah membuat kenaikan melepasi paras resistance MagicR1 dan resistance MagicR2 semalam.

Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga yang gagal menembusi paras resistance 1.14800 setelah diuji kemudiannya telah membuat penurunan sehingga ke paras Magic Pivot 1.1450 hari ini. Penurunan harga dilihat masih diteruskan ke paras lebih rendah dari paras Magic Pivot tersebut dan menuju pula ke paras support 1.1417 (MagicS1). Jika USD kembali mengukuh dan terus memberi tekanan terhadap EURO, harga bakal turun lebih rendah dan dijangka akan bergerak ke paras support sekitar 1.1360 (MagicS2). Jika harga masih meneruskan penurunannya, harga boleh mencecah sehingga ke paras 1.1326 (MagicS3).

Namun, jika harga kembali menyambung kenaikan yang dilakukan pada dagangan semalam, harga bakal membuat kenaikan lebih tinggi semula dari paras Magic Pivot hari ini sebelum menguji kembali paras resistance 1.14800 yang masih gagal ditembusi sejak diuji pada Disember lalu hingga semalam. Harga yang berjaya breakout paras tersebut, paras awal kenaikan harga untuk mencatatkan paras ketinggian baru dilihat akan menuju ke paras resistance 1.1507 (MagicR1). Kemudian, harga yang meneruskan kenaikan bakal menguji paras resistance pada 1.1540 (MagicR2) di mana paras tersebut terakhir kali dicapai adalah pada Oktober tahun lalu. Dan sekiranya harga masih mengekalkan lonjakan pada dagangan hari ini, harga bakal mencapai paras ketinggian yang baru pada paras sekitar 1.1597 (MagicR3).

Pantau perkembangan ekonomi dan politik di zon Eropah dan kawal dagangan anda menjelang mesyuarat FOMC minggu ini. Lihat paras tumpuan harga pada chart EUR/USD dengan rujukan pada indicator Moshed Magic Line untuk memudahkan lagi analisis teknikal seharian anda.

 

Paras support: 1.1417, 1.1360, 1.1326.

Paras resistance: 1.1507, 1.1540, 1.1597.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat