Analisis Teknikal GBP/AUD – Timeframe H1 – 28/8/2018

407

Matawang AUD masih optimis ekoran isu pergolakan politik di Australia mulai reda dimana Scott Morison bakal menggantikan Malcolm Turnbull sebagai Perdana Menteri yang baru. Namun, pergerakan harga bagi Aussie mulai perlahan dan pada sesi pasaran Asia, matawang itu dilihat sedikit melemah setelah terkesan oleh faktor matawang China Yuan yang melemah dan juga kejatuhan harga tembaga namun masih dilihat positif buat masa ini. Bagi matawang GBP pula, belum ada isu-isu besar yang mempengaruhi pergerakan harga selain isu Brexit yang masih memberi tekanan terhadap matawang tersebut. Pada sesi pasaran London semalam, laporan oleh akhbar UK memberi amaran mengenai ‘hard Brexit’ dan melanjutkan tarikh akhir untuk perbincangan kepada pertengahan November memberi gambaran bahawa GBP akan terus melemah.

Jika dilihat pada chart bagi pasangan matawang GBP/AUD, Aussie sebelum ini telah menekan harga ke bawah dari paras resistance 1.76900 ke paras support 1.75200 sebelum harga kembali membuat sedikit kenaikan. Harga bergerak perlahan sejak semalam di antara julat harga 1.75814-1.75010 dan sedikit kenaikan harga telah dibuat sejak awal sesi pasaran Asia dibuka hari ini ekoran matawang AUD yang sedikit melemah. Harga semasa berada di bawah garisan Moving Average 100 (MA100) dan bergerak di sekitar paras 1.75570 setakat jam 4.50 petang. Harga dijangka akan menguji support 1.75200 dan jika berjaya menembusinya (breakout), support seterusnya yang menjadi tumpuan harga dilihat berada di paras 1.74200. Sebaliknya, jika harga melonjak membuat kenaikan, resistance yang bakal diuji adalah pada paras 1.76300 dan jika harga terus didagangkan tinggi dan menembusi paras resistance tersebut, resistance yang terdekat adalah di paras 1.76600 dan seterusnya di 1.76900. Ikuti perkembangan isu politik di Australia dan ekonomi di China bagi memantau pergerakan harga bagi pasangan matawang ini.

 

Paras support: 1.74987, 1.74597, 1.74183.

Paras resistance: 1.75791, 1.76205, 1.76595.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat