Analisis Teknikal GBP/JPY – Timeframe H1 – 1/10/2018

695

Secara pandangan teknikal, pergerakan harga pada pasangan matawang GBP/JPY adalah mendatar (sideways) sejak Khamis lalu di mana julat pergerakan harga dilihat antara paras 147.600 hingga 148.600. Pada dagangan Jumaat lalu, harga dilihat telah turun dari paras 148.600 melepasi paras Magic Pivot sehingga mencecah paras support MagicS1 yang berada sekitar paras 147.600 dan harga kembali membuat kenaikan ke paras Magic Pivot semula sebelum menutup harga sekitar paras tersebut.

Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga didagangkan lebih tinggi dari paras Magic Pivot 148.100 hari ini dan harga membuat kenaikan menuju ke paras resistance 148.665 (MagicR1) di mana harga semasa berada pada paras 148.44 setakat jam 2.53 petang. Jika harga mampu melonjak melepasi paras resistance MagicR1, jangkaan harga akan meneruskan kenaikan sehingga ke paras resistance 149.209 (MagicR2). Namun, kenaikan yang masih diteruskan lagi oleh harga bakal melihatkan harga kembali menguji paras ketinggian sebelum ini di sekitar paras resistance 149.774 (MagicR3) dan berkemungkinan juga untuk harga membuat Higher High yang baru.

Sebaliknya, jika harga mengalami kejatuhan, harga dijangka akan turun lebih rendah dari paras Magic Pivot 148.100 dan menuju ke paras support 147.556 (MagicS1). Jika harga berjaya menembusi (breakout) julat pergerakan sejak minggu lalu, berkemungkinan harga akan membuat penurunan sehingga ke paras support 146.991 (MagicS2) di mana paras tersebut dilihat berada pada paras RBS (resistance become support) sebelum ini. Jika paras RBS tersebut masih berjaya ditembusi harga, harga boleh turun sehingga mencecah paras serendah 146.470 (MagicS3) atau lebih rendah lagi.

Ikuti perkembangan rundingan Brexit dan juga sentimen pasaran semasa yang mempengaruhi arah pergerakan harga pada chart GBP/JPY ini. Lengkapkan analisis teknikal anda dengan bantuan indicator Moshed Magic Line dalam mengenalpasti paras support dan resistance terbaik dalam trading harian anda.

 

Paras support: 147.556, 146.991, 146.447.

Paras resistance: 148.665, 149.209, 149.774.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat