Analisis Teknikal GBP/JPY – Timeframe H1 – 3/12/2018

495

Pergerakan harga pada chart pasangan matawang GBP/JPY dilihat mendatar pada dagangan penghujung minggu lalu di mana pada Jumaat, harga kelihatan menguji paras Magic Pivot namun gagal melepasi kenaikan ke paras lebih tinggi dan kembali didagangkan rendah semula sekitar paras 144.600. Matawang Yen pada minggu ini dijangka akan terus didagangkan lemah berikutan sentimen semasa pasaran kembali pulih dan tidak memihak kepada matawang safe-haven. Sterling pula akan memberi reaksi terhadap perkembangan pada isu Brexit yang masih samar-samar mencari jawapan yang jelas dan ini sedikit membimbangkan para pelabur.

Pada sesi pasaran Asia hari ini, terdapat jarak (gap) pada pembukaan harga untuk sesi dagangan permulaan minggu ini sedikit tinggi daripada paras harga ditutup minggu lalu. Harga yang memulakan dagangan pada resistance 145.046 (MagicR1) dilihat turun menyentuh paras Magic Pivot 144.789 pada awal sesi dagangan Asia sebelum kembali naik dan bergerak di sekitar paras resistance MagicR1 sehingga bersambung ke sesi pasaran Eropah. Jika harga berjaya membuat kenaikan lebih tinggi, harga akan menuju ke paras resistance 145.533 (MagicR2) dan sedikit lagi kenaikan akan menguji pula paras resistance 145.790 (MagicR3) yang gagal ditembusi setelah diuji beberapa kali pada November lalu.

Namun, jika harga membuat penurunan lebih rendah dari paras Magic Pivot hari ini, paras awal yang dilihat akan dituju harga adalah pada support 144.302 (MagicS1). Kemudiannya harga akan turun menguji pula paras support 144.045 (MagicS2) di mana kedua-dua paras tersebut dilihat berada di zon tumpuan harga yang seriingkali diuji pada penurunan harga ssepanjang November. Jika harga berjaya melepasi paras tersebut, harga akan mencatatkan paras terendah semasa yang baru pada chart GBP/JPY berkemungkinan ke paras sekitar 143.558 (MagicS3).

Ikuti perkembangan rundingan Brexit dan juga perubahan pada sentimen dalam pasaran semasa yang mana akan mempengaruhi pergerakan harga pada chart GBP/JPY. Indicator Moshed Magic Line adalah disyorkan untuk kegunaan pada analisis teknikal harian anda dan lihat keberkesanan pada paras-paras harga yang disediakan.

 

Paras support: 144.302, 144.045, 143.558.

Paras resistance: 145.046, 145.533, 145.790.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat