Analisis Teknikal GBP/JPY – Timeframe H1 – 10/10/2018

609

Pergerakan harga yang agak agresif ditunjukkan pada chart GBP/JPY semalam berikutan isu Brexit yang mempengaruhi nilai matawang Sterling dalam pasaran. Pergerakan harga agak sederhana pada awal sesi pasaran Asia sehingga harga menyentuh paras Magic Pivot kemudiannya membuat kejatuhan hampir menyentuh paras support MagicS1 pada indicator Moshed Magic Line pada sesi pasaran Eropah. Namun, GBP kembali melonjakkan harga sehingga 140 pips pada sesi pasaran New York di mana harga telah melepasi paras Magic Pivot sebelum menutup harga di sekitar paras tersebut.

Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga yang dibuka lebih tinggi dari paras Magic Pivot 148.175 membuat kenaikan menuju ke paras resistance 149.002 (MagicR1) di mana paras tersebut telah beberapa kali diuji harga sebelum ini. Dan jika harga berjaya membuat kenaikan melepasi paras tersebut, harga dilihat akan menguji pula paras resistance 149.578 (MagicR2) untuk mengatasi paras ketinggian yang dicapai harga pada Isnin lalu. Seterusnya, sekiranya momentum lonjakan harga masih dikekalkan, harga dilihat akan membuat Higher High yang baru berkemungkinan ke paras resistance 150.405 (MagicR3).

Namun, jika isu Brexit kembali memberi kebimbangan dalam pasaran, harga dijangka akan mengalami kejatuhan semula dan paras awal yang dilihat akan dituju harga adalah pada support 147.599 (MagicS1). Seterusnya pasaran akan melihat reaksi harga pada paras RBS (resistance become support) 147.000 dan jika harga berjaya breakout paras tersebut, harga akan meneruskan penurunan ke paras support terdekat iaitu pada 146.772 (MagicS2). Jika Yen terus menekan harga ke atas GBP yang lemah, harga boleh mencecah penurunan sehingga ke paras support lebih rendah yang dilihat berada pada paras 146.196 (MagicS3).

 

Paras support: 147.599, 146.772, 146.196.

Paras resistance: 149.002, 149.578, 150.405.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat