Analisis Teknikal GBP/JPY – Timeframe H1 – 11/10/2018

365

Walaupun rundingan Brexit semakin positif, matawang GBP masih belum mampu menandingi pengukuhan yang dibuat oleh matawang Yen di mana harga dilihat membuat penurunan pada chart GBP/JPY. Harga yang membuat kenaikan sejak awal sesi pasaran Asia sehingga ke paras resistance 149.000 kemudiannya menjunam setelah gagal menembusi paras resistance MagicR1 tersebut dan turun semula ke paras Magic Pivot semalam pada lewat sesi pasaran New York.

Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga didagangkan sederhana dengan kenaikan yang dibuat kelihatannya menguji paras Magic Pivot 148.452 hari ini. Jika harga gagal menembusi paras Magic Pivot tersebut dan menyambung penurunan semula, jangkaan harga akan menuju ke paras support 147.601 (MagicS1) sebelum harga turun lebih rendah dan menguji paras support pada 147.176 (MagicS2). Jika harga terus didagangkan lemah dan lebih rendah dari paras 147.00, harga berkemungkinan akan mencapai paras penurunan sehingga 146.325 (MagicS3).

Namun, jika sentimen pasaran kembali melemahkan semula matawang JPY, pengukuhan GBP mampu melonjakkan harga ke paras lebih tinggi dan paras awal yang akan dilepasi harga adalah pada resistance 148.877 (MagicR1). Kemudiannya, harga akan meneruskan kenaikan untuk menguji paras resistance 149.728 (MagicR2) untuk mencapai paras ketinggian yang baru mengatasi ketinggian yang dicapai harga pada minggu lalu. Dan jika harga masih mampu mengekalkan kenaikan yang dibuat, paras resistance 150.153 (MagicR3) yang berada lebih tinggi dilihat paras yang berpotensi untuk dicapai harga seterusnya.

Untuk memantau pergerakan harga pada chart GBP/JPY ini, terus ikuti perkembangan rundingan Brexit yang dilihat semakin hampir untuk ditandatangani dan juga sentimen pasaran semasa yang turut mempengaruhi nilai matawang dalam pasaran. Teliti paras support dan resistance yang dipaparkan pada indicator Moshed Magic Line untuk mendapatkan paras panduan terbaik pada chart GBP/JPY anda.

 

Paras support: 147.601, 147.176, 146.325.

Paras resistance: 148.877, 149.728, 150.153.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat